Wednesday, June 01, 2022

PRU-15 DIJANGKA BUKAN TAHUN INI

KECUALI Perdana Menteri- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kehilangan sokongan majoiti, maka PRU-15 akan diadakan tahun ini.

Jika tiada keadaan luarbiasa berlaku, maka PRU-15 hanya akan diadakan apabila penggal ke-14 parlimen tamat, iaitu pada pertengahan tahun 2023, setahun daripada sekarang.

Keadaan sekarang, difikirkan bukan masa yang sesuai diadakan pilihan raya, atas sebab baharu sahaja rakyat negara ini mendapatkan semula kehidupan “normal” selepas hampir tiga tahun terkurung kerana pandemik Covid-19.

Masa ini adalah masa-masa yang perlu digunakan oleh rakyat memulakan dan atau memulihkan aktiviti kehidupan untuk kembali normal semula.

Semua kita, termasuk masyarakat global bagaikan jatuh ditimpa tangga, selepas krisis kesihatan, kini cengkaman krisis ekonomi masih menghantui semua, apatah diperburuk dengan perang Ukrine-Russia.

Impak masalah tiga serangkai ini, menjadi penyebab harga barangan keperluan harian termasuk makanan melonjak naik. Bukan sahaja melonjak naik, akan tetapi ditambah lagi dengan kekurangan bekalan.

Pendapatan atau disposible income rakyat yang tetap, maka sangat terkesan dengan fenomena ini, keadaan ini lah yang menghantui kerajaan.

Benar lah kata Perdana Menteri, keutamaan kerajaan sekarang adalah menangani masalah yang dihadapi rakyat, bukan isu mendapatkan kuasa, seperti mana desakan pihak-pihak tertentu.

Baru-baru ini, negara digegarkan dengan isu bekalan ayam, sumber utama protein kegemaran rakyat negara ini, kerana kenaikkan harga dan disusuli bekalan yang kurang, sehinggakan bermula hari ini ekport 3.6juta ekor dihentikan untuk sementara waktu, sehinggalah bekalan stabil. Isu bekalan ayam ini, belum lagi mengambil kira bekalan minyak masak, terutama paket 1kg, yang jarang terdapat di pasaran.

Pendek kata, bukan hanya ayam, minyak masak, akan tetapi barangan lain yang terkait mengisi perut rakyat, juga mengalami kenaikkan harga. Jika harga sahaja yang naik, mungkin mereka yang mempunyai wang masih boleh mendapatkannya, akan tetapi apabila bekalan kurang atau tiada, maka tiada yang boleh dilakukan.

Penulis bersetuju dengan pendapat Perdana Menteri, semua pihak perlu menyokong tindakan-tindakan kerajaan untuk menstabilkan keadaan, sebelum memimikirkan PRU-15. Beri lah peluang pada kerajaan mengatur apa sahaja strategi, untuk mengatasi masalah rakyat, dan selepas itu, maka baharu difikirkan untuk mendapatkan kuasa atau mandat daripada mereka menerusi pilihan raya.

No comments:

Blog Archive