Monday, January 10, 2022

SYARIKAT MINYAK: AKAN BERAKHIR KAH RAKYAT SABAH DIPERDAYA?

APA KAH dengan adanya CCA (Perjanjian Kerjasama Komersial) antara Petronas dan Sabah sehingga membolehkan negeri menubuhkan syarikat minyak & gas sendiri, boleh menjadi pemangkin berakhirnya rakyat Sabah diperdaya oleh syarikat-syarikat minyak?

Tujuan menubuhkan syarikat, selain komersial juga membuka peluang pekerjaan. Malangnya, syarikat yang beroperasi di negeri ini, peluang pekerjaan yang diwujudkan hanya sebahagian kecil untuk rakyat Sabah, seperti kata kiasan, rumah sendiri, tetamu pula yang berkuasa.

Bagi rakyat Sabah yang mempunyai kelayakan, dalam berbagai bidang, bukan mudah memasuki lapangan pekerjaan yang disediakan syarikat-syarikat ini, kerana penentu keputusan, suka sangat menganak tirikan rakyat Sabah.

Mudah sahaja membendung karenah ini. Kerajaan negeri yang mempunyai kuasa imigresen, perlu memperketat pemberian permit kerja kepada mereka ini.

Dalam dunia pekerjaan, tiada yang tiba-tiba terus mahir, melainkan melalui latihan dan pengalaman harian, sama seperti manusia, mana ada anak yang baru lahir terus berlari!!!.

Jika rakyat Sabah tidak diberi peluang, bagai mana mereka menjadi mahir? Ini lah yang berlaku berdekad-dekad.

Memang diakui ada rakyat Sabah diberi peluang, tapi jumlahnya jumlah jari dua tangan pun tidak habis dikira.

Penulis yakin menerusi Kerajaan GRS di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor, melihat kembali kaedah yang dipergunakan oleh syarikat-syarikat minyak yang beroperasi di Sabah khususnya Petronas, jika boleh merangkumi juga syarikat lain seperti Shell.

Kerajaan juga perlu meneliti semula kaedah yang diguna pakai dalam operasi SAMUR, KPOC khususnya dalam peluang-peluang pekerjaan, kerana rakyat Sabah yang boleh dikatakan mempunyai kedudukan, sepatutnya membantu pencari kerja penduduk tempatan atau peluang-peluang lain, tetapi mempunyai pendekatan yang sama dengan “big brother” mereka yang berasal daripada luar Sabah.

Hakikatnya ramai ibu-bapa rakyat Sabah mempunyai anak-anak yang berkelulusan jurutera, akauntan, pengurusan, malah ramai di antara mereka itu keluaran universiti tersohor tempatan atau luar negara, akan tetapi, ramai di antara mereka berakhir dengan kerja yang tidak sesuai dengan ilmu yang dipelajari. Belum terlambat bagi kerajaan, untuk bertindak, agar mereka ini boleh menjadi mahir dalam bidang masing-masing jika diberi peluang. Kerajaan perlu menggunakan kuasa yang ada, sebelum terlambat.

No comments:

Blog Archive