Sunday, January 09, 2022

PRU-15: PARTI MANA DIBERI MANDAT?

DI Sarawak telah jelas GPS diberi mandat oleh rakyat, manakala di Melaka, BN, dan di Sabah pula GRS.

Selepas PRU-14, hanya Melaka kembali ke era Barisan Nasional.

Pada PRU-15, masih teka teki, parti mana diberi mandat rakyat.

Pada PRN Sarawak dan Melaka, telah dilihat parti yang mempunyai penyokong akar umbi telah menang dengan mengambil peluang pada rendahnya peratusan pengundi yang keluar mengundi. Kerana rendahnya peratus pengundi yang menunaikan tanggungjawab, maka pengundi atas pagar telah diminimumkan impaknya.

Diperkirakan, peratusan yang keluar mengundi akan berlarutan sehingga PRU-15, jika pandemik Covid-19 tidak berhenti menghasilkan mutasi-mutasi baharu. Jika mutasi-mutasi baharu bakal muncul, maka sangat mempengaruhi perjalanan pilihanraya.

Kehadiran Covid-19, suka atau tidak menguntungkan parti yang mempunyai penyokong akar umbi. Mengapa? Kerana penyokong sesebuah parti bermastautin di pusat-pusat daerah mengundi (PDM) sekian lama, dan semacam sudah terikat dengan parti yang disokong atau dianggotai.

Pilihanraya di negara ini, sejak tahun 2008, telah dipengaruhi pengundi yang pulang mengundi, yang mempunyai pilihan lain berbanding dengan pengundi setempat.

Pada PRU-15, kebarangkalian pengundi 18 tahun akan menyertai pilihanraya. Sudah tentunya impak kehadiran pengundi sedemikian cukup sangat ketara. Dengan kehadiran pengundi dalam usia demikian, maka akan mengubah senario politik negara. Juga dengan kehadiran pengundi 18 tahun ini, boleh mengimbangi sokongan akar umbi, ertinya, semakin sukar meramal keputusan pilihanraya.

Melihat senario politik semasa, kebarangkalian keputusan PRU-15, bakal menyaksikan untuk julung kalinya, negara kita akan berlaku parlimen tergantung. Sebabnya, bukan mudah untuk kembali pada keadaan politik stabil, selepas runtuh pada PRU-14.

Bukan mudah bagi mereka yang telah ditolak rakyat dan penyebab runtuhnya kestabilan politik, untuk menyakinkan rakyat untuk membantu mereka mengembalikan sesuatu yang telah musnah. Bukan mudah bagi rakyat, untuk dipatok ular pada lubang yang sama. Untuk meneutralkan keadaan tersebut, maka elok lah mereka yang menjadi penyebab untuk memberi peluang pada mereka yang tidak berparut dan maju ke hadapan sebagai pengendali, sebagai pemangkin untuk rakyat mempertimbang pendirian masing-masing. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive