Wednesday, January 05, 2022

ANTARA PEMIMPIN BERKEUPAYAAN DAN PARTI YANG KUAT

SEBAIK-BAIKNYA, parti yang kuat kerana dipimpin pemimpin berkeupayaan, atau pemimpin yang berkeupayaan memimpin parti yang kuat. Teorinya memang demikian yang diharapkan. Tetapi apa yang berlaku dalam politik negara, parti yang kuat walaupun dipimpin pemimpin yang berkeupayaan, akan tetapi tidak sedikit wakil rakyat atau pemimpin yang mewakili parti tidak berkeupayaan.

Ini lah dilema politik negara. Pemimpin yang disukai rakyat, dan menjadi wakil rakyat, tidak semestinya berkeupayaan menghadapi cabaran, musibah atau bencana. Keadaan ini lah yang rakyat nampak samada semasa pandemik Covid-19, juga semasa bencana banjir besar yang melanda negara.

Rakyat negara ini, sudah lama dikelirukan dengan PENDEKATAN menerusi parti yang kuat, untuk menjamin kestabilan politik, tetapi apa yang malang, parti gagal memilih pemimpin yang berkeupayaan untuk diketengahkan, sebaliknya, berfokus pada jumlah kerusi yang perlu dimenangi.

Tidak salah, mempunyai wakil rakyat atau pemimpin yang lanjut usia, tidak berkeupayaan secara fizikal, akan tetapi mempunyai ketajaman bertindak, mempunyai tindakan penyelesaian. Malangnya, ada diantara mereka itu, sudah lah berkeadaan demikian, disertai pula lompang daripada segi tindakan dan penyelesaian. Di lain pihak pula, ada wakil rakyat yang kuat fizikal, muda, akan tetapi tidak mampu bertindak mengunakan akal dan fikiran sebagai asas tindakan dan penyelesaian, sebaliknya menggunakan tenaga empat kerat, dan ironinya tindakan seperti itu, bertujuan publisiti dan untuk popular.

Dalam keadaan keadaan bencana atau musibah, apa yang mustahak, selain tindakan untuk menyelemat, juga tindakan untuk penyelesaian.

Penulis kagum dengan tindakan Perdana Menteri- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, walaupun sesetengah anggota kabinet beliau dikritik, kerana terpingah-pingah semasa bencana banjir luar biasa, akan tetapi beliau meneautralisasikan kelemahan tersebut menerusi penyelesaian, samada melibatkan mangsa-mangsa, juga yang melibatkan harta benda.

Juga, penulis tabik spring, pada tindakan responsif daripada Ketua Menteri Sabah berserta anggota kabinet beliau bersama-sama wakil rakyat GRS, berkaitan amaran bencana banjir di Sabah.

Bencana atau musibah, adalah fenomina alam yang tidak dapat dikawal, akan tetapi impaknya dapat diminumumkan menerusi persediaan menghadapinya. Responsif awal, sangat diperlukan, berhadapan dengan bencana alam.

Semoga para pemimpin negara mengambil ikitbar, pengalaman berhadapan bencana besar, seperti pandemik Covid-19 dan Banjir luar biasa di 8 negeri di Semenanjung.

Bagi penulis, rakyat negara ini perlu bersyukur kerana dikirimkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin semasa Pandemik Covid-19 dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub semasa bencana Banjir Besar.

No comments:

Blog Archive