Tuesday, January 11, 2022

PRU-15: SEKALI LAGI RAKYAT JADI "KELINCI PERCUBAAN"

BERMUNCULANNYA parti-parti politik baru, akan menjadikan PRU-15 sesak. Pun demikian, hanya parti-parti utama sahaja bersaing sesama sendiri.

Adalah pasti persaingan antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Mengapa persaingan antara tiga parti itu? Sebabnya parti-parti lain, tidak ada wow, termasuk lah parti Pejuang.

PRU-15, sudah tentu digunakan oleh BN untuk menebus maruah yang hilang pada PRU-14. Manakala PH pula mahu mengembalikan kerajaan yang hilang. Sementara PN mahu menjadi pilihan alternatif.

Walaupun PN ditubuhkan selepas PRU-14, akan tetapi telah mempunyai rekod pemerintahan, serupa dengan BN dan PH. Masing-masing mempuyai markah di mata rakyat. Pihak yang mendapat markah tertinggi akan dipilih rakyat.

Oleh kerana pengundi 18 akan menyertai pilihanraya tersebut, maka parti yang mempunyai pemimpin beritegriti kemungkinan besar menjadi pilihan golongan ini. Golongan ini akan berganding bahu dengan pengundi atas pagar sebagai faktor penentu, parti mana mendapat mandat.

Di antara BN, PH dan PN, BN kehadapan sedikit, kerana faktor sokongan akar umbi, jentera pilihan raya, dan jumlah keahlian. Namun, terpalit dengan isu kepimpinan yang terkait dengan isu moral. Kerana faktor ini, menjadi pendorong wujudnya persepsi, kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit.

Kerana isu kepimpinan, maka BN menerima padah pada PRU-14. Malah ada pemimpin veteran daripada Umno pernah menulis, sebuah tamadun yang runtuh, akan hilang selamanya. Dalam PH pula, kelihatannya, PRU-14 telah mencapi titik tepu, dan sukar untuk mengulangi pencapaian itu. Sementara itu, dalam PN, hanya bergantung pada kepimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Tan Sri Tok Guru Haji Hadi Awang.

PRU-15 kemungkinan menjadi pilihanraya paling krtikal dalam negara sejak merdeka. Kebarangkalian akan berlaku parlimen tergantung tidak dapat dielak.

Bergantung pada para pemimpin parti-parti utama untuk menyusun atur, untuk mengelak parlimen tergantung, kerana keadaan itu, boleh mengwujudkan ketidak stabilan politik yang amat serius.

Para pemimpin perlu belajar apa yang telah berlaku dalam negara era krisis tiga serangkai- krisis politik-krisis kesihatan-krisis ekonomi, supaya jangan berulang lagi.

Di mata rakyat, persaingan antara para pemimpin utama, hanya merugikan mereka. Rakyat memerlukan kerajaan yang stabil menerusi kepimpinan yang sentiasa sepakat. Makna kata, persiangan antara parti-parti utama, tidak perlu. Parti-parti ini perlu mencari kaedah, jangan jadikan rakyat sebagai “kelinci percubaan” untuk memenuhi ego dan hasrat masing-masing. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive