Saturday, January 22, 2022

PRN JOHOR: MENGAPA TIDAK SABAR?

SETAKAT ini, tiada sebab mendesak perlu membubarkan DUN negeri Johor, walaupun kerajaan hanya dibezakan dengan satu kerusi dengan pembangkang.

Hakikatnya, dalam keadaan sebegini, pihak yang hendak sangat menjadi calon perlu bersabar, kerana PRU-15 pun diambang dilaksanakan.

Mereka ini perlu memilih keutamaan. Keutamaan sekarang ini, adalah berkaitan rakyat impak pandemik Covid-19 dan banjir. Bukan kah elok, wang untuk PRN itu dibelanjakan untuk memperbaiki kemudahan awam yang rosak akibat bencana banjir, juga bantuan pada mangsa-mangsa. Lagi pun, bukan sedikit penduduk Johor yang terkesan pandemik Covid-19 yang memerlukan bantuan tunai, selain menyambung perniagaan, juga menyelesaikan hutang-hutang tertunggak.

Hakikatnya, mana-mana pihak diberi mandat jika diadakan PRN, impak banjir, pandemik covid-19 pada rakyat, kekal sama, ertinya, keperluan adalah berbentuk wang tunai.

Seperti di Melaka, walaupun BN mendapat kuasa 2/3, masalah yang dihadapi rakyat negeri itu kekal sama, tidak juga terselesaikan. Jika lah PRN di negeri tersebut tidak diadakan, setidak-tidaknya kos PRN tersebut dapat diagihkan pada mereka yang sangat-sangat memerlukan.

Dalam keadaan yang tidak menentu ini, impak pandemik covid-19 dan banjir, para pemimpin, perlu bijak memilih keutamaan. Di Johor misalnya, keutamaan adalah rakyat yang terkesan, bukannya bagaimana mendapatkan kuasa.

Hakikatnya, tiada pihak yang boleh menghalang kuasa rakyat. Jika rakyat sudah membuat keputusan, cepat atau lambatnya pilihan raya, bukan lah isu. Contoh PRN Sarawak yang lewat diadakan, kerana faktor pandemik Covid-19, terbukti, parti yang disokong tetap menang bergaya.

Jika Umno atau BN merasakan bahawa sokongan telah kembali, sokongan itu akan kekal, seperti mana diperolehi sebelum tercalar pada PRU-14.

Memang benar, Umno-BN mahu mengambil peluang keadaan parti lawan dalam keadaan lemah. Sepatutnya, jika Umno-BN mahu kekal sebagai parti dominan seperti mana lalu-lalu, persepsi demikian bukan lah pilihan, sebaliknya, biar lah kemenangan itu satu kemenangan bergaya, kerana kekuatan dan sokongan padu rakyat.

Jangan lah merasa hebat kerana menang ke atas lawan yang sakit. Hebat kerana menang pada lawan yang hebat juga, seharusnya menjadi pilihan.

No comments:

Blog Archive