Sunday, January 23, 2022

PRN JOHOR: AKAN SEPERTI PRN MELAKA

APA yang pasti pada PRN Johor bentuk pertandingan antara parti-parti akan seperti PRN Melaka. Perhatian hanya pada tiga kumpulan- Barisan Nasional- Pakatan Harapan-Perikatan Nasional.

UMNO daripada BN awal-awal lagi telah menyatakan hasrat akan bertanding lebih banyak kerusi berbanding PRU-14. Menerusi pendirian tersebut, akan ada kerusi-kerusi MCA atau MIC akan ditandingi parti itu. Manakala kerusi-kerusi Gerakan, akan ditandingi MCA atau MIC.

Di pihak PH pula, DAP akan mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi atau yang ditandingi, manakala PKR dan Amanah selain mengekalkan kawasan masing-masing, juga akan bertanding di kawasan-kawasan yang dimenangi Bersatu pada PRU-14.

Manakala di pihak PN, kawasan-kawasan majoriti cina akan ditandingi Gerakan, manakala kawasan majoriti melayu oleh Bersatu dan atau Pas.

Pada PRN Johor, awal-awal lagi Umno yakin akan menang besar, makna kata, di mata parti itu penyertaan PH dan PN hanya memeriahkan pesta demokrasi.

Jika mengambil iktibar pada PRN Melaka, keyakinan Umno memang berfakta. Umno sudah mengenal pasti, perpisahan Bersatu dengan PH, memberi kelebihan pada parti itu, kerana faktor penyebab mengapa banyaknya kerusi Umno ditawan PH pada PRU-14, atas sebab Bersatu dapat membawa pengundi melayu bergabung dengan kaum lain yang bulat menyokong PH.

Pertembungan antara BN-PH-PN, berasaskan First Past The Post System memberi banyak kelebihan pada BN,kerana faktor akar umbi parti itu, seperti mana berlaku pada PRN Melaka. Atas faktor tersebut, keyakinan Umno menang besar akan menjadi kenyataan.

Jika Umno-BN mengulangi kemenangan seperti mana pada PRN Melaka, maka sah lah, PRU-15, akan menjadi milik Umno-BN.

No comments:

Blog Archive