Sunday, January 23, 2022

PRN JOHOR: SOKONGAN PENGUNDI SETEMPAT PENENTU

DALAM keadaan peratusan yang keluar mengundi rendah, pengundi setempat atau akar umbi merupakan penentu kemenangan. Dalam situasi sebegini, hanya Umno yang mempunyai penyokong sedemikian.

Para pemimpin Umno tahu, kekalahan calon-calon parti itu pada PRU-14, atas sebab selain pengundi atas pagar yang sanggup pulang untuk mengundi, juga kerana peratusan yang keluar mengundi cukup tinggi.

Dalam situasi sekarang, tidak mudah bagi pengundi luar daerah untuk pulang mengundi, sanggup merisikokan diri dijangkiti covid-19 terutama omicron, apa tah lagi, SOP yang bakal diperkenalkan menghalang pergerakan.

Pertembungan tiga penjuru atau lebih, berasaskan First Past The Post, memberi kelebihan pada Umno-BN.

DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi, mana-mana parti mencapai 29 kerusi, bakal menubuhkan kerajaan baharu. Berasaskan senario politik sekarang, dan keadaan semasa, terutama ancaman covid-19, bukan mustahil kesemua 29 kerusi itu adalah kerusi Umno.

Saingan parti PH dan PN hanya berlaku pada kawasan-kawasan tertentu, samada bergantung pada sesebuah parti atau pemimpin. Atas sebab itu, sukar bagi dua parti itu mendapat kerusi yang diperlukan. Suasana PRU-14, sangat berbeza sekali. Situasi itu tidak berulang pada PRN negeri Johor. Sama-sama nantikan, apa keputusan pengundi Negeri Johor Darul Takzim (JDT)..

No comments:

Blog Archive