Monday, January 24, 2022

MASIH RAMAI SAYANGKAN UMNO

RAMAI yang berpandangan, mempertahankan parti Umno jauh lebih penting berbanding menguburkannya kerana terpalit tindak tanduk pemimpinnya yang ada isu moral dan salah laku. Pendekatan patah tumbuh hilang berganti menjadi pilihan, atas sebab itu selepas PRU-14 yang telah menjadi titik hitam parti itu ramai telah kembali menyokong seperti mana dibuktikan samada menerusi PRK mahupun PRN.

Pada PRN Johor yang bakal dilangsungkan, sekali lagi rakyat negeri itu akan membuktikan seperti mana rakyat negeri Melaka buktikan, bahawa Umno masih relevan dan diperlukan untuk menerajui kerajaan.

Bagi rakyat, kesilapan sesetengah pemimpin parti, bukan lah faktor yang boleh digunapakai untuk menghukum parti terbesar kaum melayu tersebut, kerana mengambil iktibar makna bidalan- bumi mana tidak ditimpa hujan. Jangan kerana sesekor kerbau membawa lumpur maka semua terpalit, dijadikan sandaran untuk menghukum, sedangkan dalam parti itu, masih ramai pemimpin yang berintegriti, bermaruah dan mempunyai jati diri.

Sebenarnya, kekalahan pada PRU-14, merupakan “turning point” bagi parti itu untuk kembali pada asas penubuhannya, dan telah membuka mata semua lapisan dalam parti itu, bahawa parti itu mempunyai tanggangujawab moral yang cukup tinggi terhadap agama, bangsa dan tanah air. Akibat kekalahan tersebut, maka kesadaran menunggang parti untuk kepentingan peribadi dijauhi, dan kembali pada visinya yang hakiki. Situasi ini lah yang dirasai rakyat pasca PRU-14.

Yakin lah jika Umno kekal dengan visi hakikinya, ada lah sukar bagi mana-mana parti bersaing. Dan apa paling mustahak lagi, sifat ego dan arrogant yang “pernah” singgah pada sesetengah pemimpin, perlu dijadikan sempadan dan jangan berulang lagi, untuk memastikan, masa depan parti kekal seperti dahulu.

No comments:

Blog Archive