Tuesday, January 25, 2022

PRN JOHOR: BERI RAKYAT JOHOR PELUANG PILIH PARTI YANG DISUKAI

BERI rakyat Johor peluang, parti mana yang disukai. Jangan perangkap mereka dengan kaedah rojak, yang hasilnya tidak dapat memenuhi kehendak mereka.

Pada masa sekarang ini, jelas parti yang meminta mandat rakyat ada lah BN, PN dan PH.

Di pihak BN, awal-awal lagi menyatakan keyakinan bakal menang besar.

Tidak salah, mana-mana parti menyatakan keyakinan, demikian juga perasaan pesimis mana-mana parti.

PH, awal-awal lagi meluahkan perasaan pesimis, apabila mencadangkan khemah besar untuk menghadapi BN sempena PRN-15 Johor. Manakala PN pula menyatakan bersedia menghadapi rakyat, walaupun Pas negeri, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong ingin berbincang dengan Umno negeri, kononnya untuk mempertahankan muafakat nasional (MN). Sepatutnya Pas tidak menimbulkan lagi isu MN, kerana parti itu sudah sebahagian daripada PN, malah sebagai pengasas.

Memang atau kalah, bukan isu, kerana memang adat pertandingan. Apa yang paling mustahak adalah pendirian.

Tiada sesiapa boleh memastikan, bahawa pengundi Johor akan menyokong BN, kerana telah terbukti pada PRU-14, tiada sesiapa yang menyangka, bahawa BN Johor tumbang, kerana negeri itu adalah wilayah Umno.

Masing-masing parti hendak lah menggunakan strategi masing-masing untuk menawan hati pengundi, dan kemudiannya memberi kebebasan pada mereka memilih yang terbaik.

Memang diakui, dalam pilihanraya yang tidak kondusif, dengan kekangan yang bakal dihadapi, kerana terbentur dengan SOP mengekang penularan Covid-19, parti yang mempunyai penyokong akar umbi dan ahli yang ramai, lebih ke hadapan, apa tah lagi jika peratusan yang keluar mengundi rendah, kerana pengundi atas pagar enggan mengambil risko pulang mengundi, kerana takut dijangkiti virus Covid-19.

Akan tetapi, dalam dunia demokrasi, apa-apa pun boleh berlaku, yang tidak disangka berlaku akan terjadi.

Lagi pun, mereka yang terlibat dalam PRN kali ini, bukan pun baharu dalam politik negeri Johor,mereka ada lah OTAI-OTAI politik negeri itu.

No comments:

Blog Archive