Wednesday, January 26, 2022

PRN JOHOR: IMPAK PENGUNDI 18

750,000 pengundi 18 bakal menyertai PRN Johor. Penyertaan julung kalinya daripada golongan umur itu dalam sesebuah pilihanraya di negara ini.

Ramai melihat, penyertaan golongan ini, merupakan “game changer” kecenderungan keputusan sesebuah pilihanraya.

Jika Umno berpandukan pada keputusan PRN Melaka, kerana peratusan pengundi yang rendah, maka parti itu bersama penyokong tegar dan akar umbi mampu menang 2/3, maka pada PRN Johor, senario yang sama agar sukar berulang kerana kehadiran pengundi 18.

Jumlah 750,000 bukannya sedikit impaknya pada sesebuah pilihanraya. Jika 50 peratuspun daripada jumlah itu keluar mengundi, impaknya cukup signifikan.

Pada PRN Johor, akan dibuktikan, arah mana pengundi 18 meletakkan pilihan mereka, dan ianya bakal menjadi penanda aras bagi PRU-15.

Meramal keputusan PRN Johor agar sukar, atas sebab komposisi pengundi yang berbeza berbanding PRU-14 mahupun PRK Tanjong Piai.

Negeri Johor, sempena PRN ke-15 ini mempunyai pengundi berdaftar sekitar 2.5 juta berbanding 1.8 juta pada PRU-14. Jika berasaskan pada pilihanraya-pilihanraya yang lalu, sebarang perubahan signifikan dalam jumlah pengundi, akan menghasilkan keputusan yang berbeza.

Walaupun adanya kehadiran pengundi 18, akan dapat dilihat nanti, bagai mana parti-parti yang menyertai PRN tersebut mengurus atur penyertaan mereka. Setakat ini, hanya BN ternampak jelas akan bergerak secara solo, manakala PH, mungkin akan mengadakan gagasan antara barisan parti lain seperti Pejuang, Warisan dan Muda. Manakala PN, kerbarangkalian juga akan bergerak solo.

No comments:

Blog Archive