Wednesday, January 26, 2022

KUTIPAN TAMBAHAN HASIL RM1BILION SABAH TERBANTUT TIGA TAHUN

TAHUN 2014, kutipan hasil negeri Sabah mencecah rekod apabila berjaya mengutip melepasi angka RM4bilion, iaitu RM4.541 bilion. Angka itu tercapai selepas hampir 11 tahun HALATUJU Sabah dilancarkan pada tahun 2003. Pencapaian pada tahun itu, cukup manis, memandangkan, kepimpinan pada masa itu mewarisi keadaan kewangan negeri yang amat tenat.

Telah dianggarkan, berasaskan strategi HALATUJU Sabah, angka kutipan hasil akan melepasi angka RM5bilion menjelang akhir tahun 2018, akan tetapi berlakunya perubahan kerajaan, yang menyebabkan angka kutipan tersebut terbantut.

Strategi HALATUJU Sabah yang diperhalusi menerusi SABAH MAJU JAYA, hanya memerlukan kurang dua tahun untuk mencapai sasaran RM5bilion, apabila kutipan hasil negeri mencatit rekod baharu sejak merdeka pada tahun 2021 sebesar RM5.449 bilion. Apa yang paling manisnya, angka itu tercapai, dalam keadaan ancaman pandemik Covid-19, yang telah menyebabkan banyaknya sektor penyumbang hasil negeri lumpuh, seperti sektor pelancongan dan pertanian.

Kutipan hasil negeri Sabah, dijangka akan terus bertambah dengan cepat, kerana perekonomian negeri mempunyai landasan kukuh.

Kepelbagaian aktiviti ekonomi yang digerakkan menerusi tiga tonggak- Pertanian-Perindustrian-Pelancongan, yang digariskan menerusi SABAH MAJU JAYA (SMJ), akan terus melonjakan perekonomian Sabah dalam jangka pendek dan panjang.

Ada lah dianggarkan, tambahan kutipan hasil RM1bilion, akan dicapai sebelum tempoh SMJ berakhir pada tahun 2025. Selepas itu, akan berlaku lonjakan kutipan,kerana perekonomian negeri telah lepas landas (take off).

Rakyat Sabah cukup bernasib baik dan beruntung,kerana mempunyai kerajaan seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang mana setiap pemimpinnya komited, mempunyai komitmen tinggi memajukan negeri dan rakyatnya.

Kerajaan seperti ini, amat diperlukan oleh rakyat dan negeri dalam jangka masa yang panjang.

No comments:

Blog Archive