Thursday, January 27, 2022

PRN JOHOR: AKAN SAHKAN UMNO-BN MENOKTAHKAN TITIK HITAM PRU-14

RAKYAT memilih parti berbanding pemimpin. Asas itu lah faktor cepat bangkitnya Umno.

Pemimpin yang tersilap dan atau berhadapan isu moral, adalah atas kapasiti persendirian pemimpin itu, bukannya parti. Rakyat berpendapat, ada lah tidak adil menghukum parti, hanya kerana segelintir pemimpin yang tersilap langkah, kerana ramai lagi pemimpin yang berintegriti, bermaruah dan mempunyai jati diri.

Kekalahan pada PRU-14, bukan sahaja menjadi titik hitam parti, akan tetapi telah menyadarkan semua lapisan, bahawa parti akan ikut tersungkur, jika ada pemimpin yang tersilap langkah. Kerana asas ini lah sebelum ini, mana-mana pemimpin yang terpalit isu moral, diminta bercuti atau letak jawatan.

Pada PRU-14, terbukti, pemimpin yang terpalit isu moral telah menjadi liabiliti dan menjadi penyebab hilangnya kuasa, kerana rakyat marahkan seekor nyamuk kelambu dibakar, akibatnya telah membawa malapetaka pada kaum melayu, sehingga dihina sebegitu rupa dengan harga 30 renggek. Akan tetapi pada masa yang sama, tumbangnya BN, membawa peluang lebih baik pada Sabah dan Sarawak.

Jika BN masih berkuasa, kebarangkalian status Sabah dan Sarawak kekal sebagai negeri serupa dengan negeri Perlis.

Kini, berasaskan senario politik semasa, akan berlaku pemisahan politik antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pemisahan bukan bererti tidak saling menyokong, akan tetapi pemisahan yang jelas yang terikat pada status yang setaraf.

Sarawak telah melangkah lebih awal menerusi Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS), Semenanjung akan memuktamadkan BN sebagai parti dominan, manakala Sabah, masih simpang siur, walaupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan flatform kerajaan negeri. Politik Sabah dalam dilema, atas sebab dalam gabungan itu terdapatnya parti yang saling berlawanan fahaman di Semenanjung. Bukan mudah bagi pemimpin parti-parti itu menjauhkan diri dengan pemimpin induk.

Dalam perkembangan politik semasa, di Semenanjung, kebangkitan Umno-BN sukar dibendung, khususnya di negeri-negeri wilayah parti itu, kecuali mungkin di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

PRN Johor, akan membuktikan sekali lagi, seperti mana PRN Melaka, Umno-BN menoktahkan titik hitam PRU-14.

1 comment:

abdhfz1973 said...

Kekalahan BN/UMNO juga menunjukkan pemimpin-pemimpin Yang hanya bertopengkan pejuang bangsa tetapi hakikatnya, KATAK pembawa binasa...

Blog Archive