Friday, January 28, 2022

PRN JOHOR: UMNO-BN HANYA PERLU PENGUNDI AKAR UMBI

SETIAP pilihanraya, kita biasa dengar, seruan pada pengundi berdaftar untuk keluar mengundi beramai-ramai. Namun sejak akhir-akhir ini, seruan tersebut tidak digemari parti yang mempunyai penyokong akar umbi dan ramai ahli.

Umno-BN misalnya menyasarkan pengundi yang keluar mengundi mesti lah di bawah 65 peratus, kerana di atas peratusan itu, boleh menghalang kemenangan calon-calon parti itu.

Data peratusan pengundi yang amat tinggi pada PRU-14, telah membawa padah pada Umno-BN, sehingga hilang kuasa, baik di peringkat Persekutuan, mahu pun negeri-negeri secara tradisinya wilayah parti itu, seperti Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Suka atau tidak, Umno-BN memilih mengadakan pilihanraya negeri Johor pada masa pandemik Covid-19 masih mengancam, tujuannya ada lah untuk menghalang pengundi keluar mengundi, terutama pengundi atas pagar. Pengundi atas pagar, boleh dikategorikan sebagai pengundi “happy-happy” yang kurang kecenderungan atau minat mengundi. Kerana keadaan sedemikian, maka, pengundi dalam kategori ini, ada lah pasti tidak akan merisikokan diri mereka dijangkiti virus covid-19, kerana keluar mengundi.

Negeri Johor yang dianggarkan mempunyai 2.5 juta pengundi dengan tambahan hampir 750 ribu pengundi 18 tahun, yang menyebabkan ada DUN mencecah jumlah undi lebih 100 ribu. Dengan jumlah itu, cuba bayangkan bagai mana pengundi beratur di pusat mengundi, dan tentunya keadaan tersebut mengerunkan terutama bagi pengundi atas pagar.

Dalam keadaan peratusan pengundi yang keluar mengundi rendah, maka lebih menguntungkan Umno-BN, seperti mana berlaku pada PRN Melaka.

Rata-rata pemimpin Umno-BN mengakui, jika bukan disebabkan peratusan pengundi yang keluar mengundi rendah, tidak akan Umno-BN boleh menang begitu banyaknya kerusi pada PRN Melaka.

Senario PRN Melaka, akan diulangi pada PRN Johor. Atas sebab itu, awal-awal lagi, Umno-BN merasa yakin bukan sahaja menang akan tetapi menang besar. Selain itu, ketidak yakinan parti-parti lawan seperti PKR, DAP, Amanah, malah Bersatu, menambah lagi keyakinan para pemimpin Umno-BN.

Dalam suasana pilahanraya tidak kondusif, kerana ancaman Covid-19, ada lah sukar bagi parti-parti yang mengharapkan sokongan pengundi atas pagar, kerana parti-parti itu, tiada jalinan dengan pengundi kategori itu. Berbeza dengan parti yang mempunyai penyokong akar umbi dan jumlah ahli yang ramai, selain mempunyai rekod pengundi, juga mempunyai jalinan dengan pengundi kategori ini.

Atas sebab kondisi pilihanraya Negeri Johor, terlalu sukar bagi mana-mana parti menghalang kemenangan Umno-BN, walaupun hadirnya pengundi 18.

No comments:

Blog Archive