Friday, January 28, 2022

FAKTA PRU-14 SABAH: DIPUTAR BELITKAN

CUBA bayangkan, fakta berkaitan keputusan PRU-14 pun boleh diputar belitkan oleh seorang yang bergelar profesor, apa tah lagi, mereka yang kurang arif!!!

Penulis tersentak membaca, kononnya, Datuk Shafie Apdal, ada lah pemimpin yang mendapat sokongan popular pada PRU-14, akan tetapi tersingkir daripada kerajaan pada Julai, 2020, dan terpaksa membubarkan DUN Sabah untuk memberi laluan kepada rakyat memberi mandat semula.

Pada hakikatnya, pada PRU-14, pemimpin yang mendapat sokongan ada lah Tan Sri Musa Aman, bukannya Shafie. Shafie dapat membentuk kerajaan, kerana berpaling tadahnya 6 ADUN daripada pasukan Musa. Alasan 6 ADUN tersebut (termasuk sebuah parti komponen), untuk berkerja bersama dengan Kerajaan Persekutuan, yang ditubuhkan oleh parti yang sehaluan dengan Shafie.

Berikutan tumbangnya kerajaan pimpinan Musa, maka berlaku penghijrahan beramai-ramai wakil-wakil rakyat samada ahli parlimen mahupun ADUN ke Parti Bersatu. Oleh kerana Bersatu adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, maka para ADUN yang berhijrah tersebut tiada pilihan diperingkat negeri, melainkan menjadi penyokong pada Kerajaan Warisan yang dipimpin Shafie, meskipun tiada sesiapa yang dilantik menyertai kerajaan.

Oleh kerana sokongan tersebut, sehinggakan kerajaan yang diterajui Shafie mempunyai kuasa 2/3 di DUN Sabah. Ekoran kuasa 2/3 itu, maka Shafie mengubah perlembagaan negeri berkaitan tempoh masa jawatan TYT Sabah daripada dua penggal, ke tempoh tiada garis masa.

Juga kerana kuasa 2/3 tersebut, Shafie begitu yakin, tidak akan tumbang, walaupun adanya desas desus, bahawa Tan Sri Musa akan mendapat sokongan majoriti mudah untuk mendapatkan semula kerajaan yang telah dirampas pada 12 Mei, 2018.

Gerakan Musa tersebut, ramai yang tidak percaya akan berlaku, malah kepimpinan Umno negeri pun telah mengeluarkan kenyataan, sebarang gerakan seperti itu, adalah tindakan peribadi Musa.

Apa yang tidak disangka telah berlaku, pada Julai, 2020, Musa mendapat majoriti mudah ADUN Sabah, akan tetapi, dinafikan untuk mengangkat sumpah, kerana berjaya dipintas Shafie, dan menasihatkan TYT Sabah untuk membubarkan DUN Sabah.

Seperti mana kita semua maklum, PRN-16 Sabah pada September, 2020, bukan sahaja Shafie bersama parti Warisan, DAP dan PKR gagal mempertahankan kerajaan, akan tetapi telah membawa gabungan baharu membentuk kerajaan.

Kegagalan Shafie dan Warisan mendapat mandat pengundi Sabah, telah mengulang keputusan PRU-14, di mana parti dan beliau tidak diberi mandat oleh pengundi Sabah. Atas sebab itu, adalah pelik, bagai mana seorang cerdik pandai seperti Prof Shad memutar belit fakta???.

No comments:

Blog Archive