Saturday, January 29, 2022

AKAN TUMBANG KAH KERAJAAN PERSEKUTUAN?

KETIDAK senangan Bersatu dan Pas berkaitan tindakan unilateral Umno Johor membubarkan Dun negeri tersebut, menimbulkan ketidak tentuan, yang boleh membawa kepada penarikan sokongan dua parti tersebut terhadap kerajaan Persekutuan yang dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tindakan Umno Johor membuka jalan PRN negeri tersebut, ada lah strategi parti itu untuk membina keyakinan menjelang PRU-15. Parti itu berpandangan, selepas kebangkitan pada PRN Melaka, maka momentum itu tidak harus berhenti, melainkan perlu bersinambungan.

Mana-mana ahli parlimen yang menyokong Kerajaan Persekutuan, lebih 5 orang menarik sokongan akan menyebabkan kerajaan hilang sokongan majoriti.

Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional- Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang mengulangi sokongan bersyarat pada Kerajaan Persekutuan, menimbulkan banyak spekulasi, yang membawa pada penarikan sokongan.

Pada hakikatnya, Bersatu dan Pas, tidak gemar diadakan PRU-15, kerana mengutamakan kepentingan rakyat yang dilanda dua krisis- Krisis kesihatan dan ekonomi. Namun, keadaan tersebut, tidak dipihak Umno. Bagi Umno, keutamaan adalah kestabilan politik. Apabila politik stabil, maka akan lebih mudah mengurus dua krisis yang melanda rakyat dan negara.

Hakikatnya, tiada parti yang boleh meneka kehendak rakyat, melainkan menerusi pilihanraya. Medan pilihanraya yang menentukan, parti mana yang diberi mandat untuk memerintah.

Dalam senario sekarang, apa pun pendirian mana-mana pemimpin, apapun bentuk kerjasama atau sokongan antara satu sama lain, jika masih berpandukan kepada peseteruan antara Umno dan Bersatu mewarnai politik tanah air, maka kesepaduan itu, lebih banyak membawa persepsi ketidakstabilan, walaupun apapun bentuk tindakan kerajaan, apa kah berkaitan penanganan krisis kesihatan mahupun ekonomi.

Tiada sesiapa yang boleh menghalang, mana-mana pemimpin sesebuah parti memperkasakan parti masing-masing, untuk menunjukkan parti mereka lebih relevan berbanding parti lain, melainkan anggapan masing-masing tersebut dikembalikan kepada pengundi sebagai hakim atau pemutus.

Suka atau tidak, kondusif ataupun bukan, sesuai atau tidak , adalah keputusan bijak “once for all” mengembalikan mandat pada rakyat untuk memilih parti mana yang disukai memerintah negara.

No comments:

Blog Archive