Friday, January 21, 2022

SABAH MAJU JAYA-PERLU SOKONGAN SEMUA

SESUATU visi, tidak akan sempurna, tanpa sokongan semua pihak.

Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Ketua Menteri- Datuk Seri Hajiji Haji Noor telah mengariskan visi yang jelas, iaitu Sabah Maju Jaya (SMJ) menjelang tahun 2025, tiga tahun daripada sekarang.

Tempoh tiga tahun, suatu tempoh yang amat singkat. Merealisasikan suatu visi besar seperti SMJ, bukan sahaja mencabar, akan tetapi memerlukan komitmen maksimum semua yang terlibat.

Menjayakan SMJ, tiga sektor utama menjadi tonggak, iaitu sektor pertanian, sektor perindustrian dan sektor pelancongan. Setiap projek yang membabitkan tiga sektor ini, akan menjana ekonomi dan membuka atau menyediakan peluang-peluang pekerjaan.

Pada Disember tahun 2025, sama-sama kita nantikan, apa kah teori Rostow benar-benar berlaku di Sabah- dan pada masa itu- SABAH LEPAS LANDAS, daripada negeri kurang maju kepada negeri maju.

No comments:

Blog Archive