Thursday, January 20, 2022

GESAAN DAFTAR GRS SEMAKIN RANCAK

CADANGAN mendaftar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibangkitkan ADUN Usukan- DS Salleh Tun Said pada tahun lalu, kini semakin rancak. Terbaharu, ADUN Nabawan- Datuk Abd Ghani Mohd Yassin, berpendapat gabungan tersebut perlu direalisasikan sebagai sebuah parti, bagi menyahut aspirasi rakyat Sabah yang telah memberi mandat sempena PRN ke-16 Sabah pada September, 2020.

GRS walaupun tidak secara rasmi, akan tetapi, rakyat Sabah telah menerimanya sebagai sebuah entiti, dan menyandarkan masa depan mereka pada gabungan tersebut untuk memerintah negeri.

Dalam tempoh hampir dua tahun, kepantasan gabungan tersebut membawa pembangunan dan kemajuan pada negeri dan rakyat sangat ketara sekali. Keadaan sedemikian, menggambarkan bahawa kerjasama antara parti dan pemimpin dalam gabungan tersebut sudah serasi, seirama dan serentak untuk mencapai visi negeri SABAH MAJU JAYA (SMJ).

Adalah afdal bagi setiap pemimpin dalam gabungan tersebut untuk merealisasikan impian rakyat Sabah untuk menjadi kenyataan, dan menjadikan GRS sebagai sebuah parti, berlogo sendiri, dan digunakan pada PRU-15 akan datang.

Menghormati kehendak rakyat akan memberikan impak positif pada gabungan tersebut dalam jangka panjang, dan sudah pastinya akan mendapat sokongan padu rakyat seperti mana dirasai Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS).

Adalah aspirasi rakyat Sabah, agar sebuah parti yang kekal dan stabil memerintah negeri untuk jangka masa yang panjang, agar supaya pembangunan,kemajuan tidak terbantut, kerana berlakunya perubahan kerajaan.

Kemajuan dan pembangunan Sabah, terbantut, sebagai impak kerapnya berlaku pertukaran kerajaan. Atas sebab itu, rakyat negeri ini, sudah merasa serik dengan keadaan sedemikian.

Bermula daripada sekarang, setiap pemimpin dalam GRS, perlu menjadikan keserikan rakyat Sabah itu sebagai sempadan, dan maju ke hadapan, dengan menjadikan GRS sebagai sebuah parti masa depan bagi rakyat Sabah menuju kejayaan, kemakmuran dan kesejahteraan. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive