Thursday, January 20, 2022

PRN JOHOR- MASA MENGUBURKAN BERSATU?

SEGELINTIR pemimpin Umno yang tidak berjawatan kerajaan, berkehendak sangat PRN Johor diadakan segera, manakala kumpulan yang berjawatan melihat ianya tidak mendesak, memandangkan kerajaan masih berfungsi seperti biasa walaupun hanya mempunyai satu kerusi mengatasi Pakatan Harapan (PH).

Kerajaan Negeri, tiada alasan kukuh untuk membubarkan DUN lebih awal, atas sebab, tiada usaha daripada mana-mana pihak menumbangkan kerajaan, seperti mana berlaku di Melaka.

Berbeza dengan PRN Melaka, pembubaran DUN terpaksa dilakukan oleh kerajaan, kerana kehilangan sokongan majoriti mudah.

Kemahuan sesetengah pemimpin Umno menyegerakan PRN Johor, supaya, semakin cepat parti itu melemahkan Bersatu, menjelang PRU-15 yang membabitkan parlimen.

Johor ada lah negeri lahirnya Umno. Kerana kedudukan tersebut, maka parti itu ingin mengembalikan kedudukan yang tercalar pada PRU-14.

Rakyat negara ini telah biasa, sebanyak 13 kali PRU di negara kita, Johor kekal sebagai kubu kuat parti. Akan tetapi pada PRU-14, kubu berjaya ditembusi walaupun belum roboh.

Pada PRU-14 itu juga, telah mencatitkan Pengerusi Umno Negeri yang juga Menteri Besar, tewas pada kawasan DUN dan Parlimen.

Semangat Umno negeri, mula bangkit, apabila BN berjaya merampas Parlimen Tanjong Piai daripada Bersatu menerusi PRK. Keyakinan membuak-buak lagi, apabila beberapa PRK dimenangi parti itu, dan puncaknya pada PRN Melaka, apabila kuasa 2/3 diperolehi semula.

Umno tahu, kemenangan calon Bersatu, Amanah dan PKR di kawasan majoriti melayu, kerana perpecahan undi melayu, selain sokongan padu kaum lain pada PH. Keputusan PRK Tanjong Piai, dan kekalahan teruk PH pada PRN melaka, khususnya PKR, menunjukkan tanda-tanda, bahawa, bukan sahaja pengundi melayu kembali menyokong BN, bah kan kaum lain.

Umno sedar, dalam Perikatan Nasional, hanya kaum melayu yang menyokong, manakala kaum lain, jika adapun, minumum sekali. Makna kata, pengundi kaum lain, hanya BN dan PH yang bersaing, manakala pada kaum melayu hanya BN dan PN. Dalam keadaan sebegini, jika berlaku pertembungan antara tiga parti itu, kelebihan pada BN, seperti mana dibuktikan pada PRN Melaka. Keadaan sedemikian, menurut pandangan Umno akan berulang di Johor jika diadakan PRN awal.

Umno faham, antara PRN Negeri dan PRU, sangat berbeza pendekatannya. Atas faktor ini, maka mereka yang mengingin PRN Negeri tidak serentak dengan PRU-15 perlu diambil sebagai katalis untuk menang pada PRU-15.

No comments:

Blog Archive