Monday, November 01, 2021

PARTI WARISAN MENUNGGU DITALKINKAN


LUMRAH politik Sabah, jika sesebuah politik kehilangan kuasa, maka sukar untuk bangkit semula, melainkan parti itu mempunyai kekuatan akar umbi.

Parti Warisan yang berumur kurang 5 tahun, walaupun pernah memerintah Sabah selepas PRU-14, ekoran sokongan ADUN lompat parti, akan tetapi hanya bertahan sehingga julai, 2020.

Pada PRN-16 Sabah September tahun lepas, parti itu gagal mendapat mandat rakyat Sabah.

Kini, terdapat ramainya pemimpin parti itu meninggalkan parti itu, khususnya mereka yang menjadikan medan politik untuk mendapatkan kedudukan.

Rakyat Sabah tahu, bahawa sebahagian besar pemimpin parti itu, adalah mantan-mantan pemimpin parti berdaftar di Sabah yang pernah memerintah. Oleh kerana mereka itu, tidak mampu bersaing dalam parti asal, maka mereka menyertai Warisan, yang ditubuhkan oleh mantan Naib Presiden Umno- Datuk Shafie Apdal.

Menjadi dilema parti kerajaan yang disokong, jika mereka ini, mendapat kedudukkan, apa tah lagi disambut sebagai “hero”. Jika keadaan ini berlaku, mungkin di mata pemimpin, maka keadaan baik, kerana mengurangkan ancaman, selain menjamin kestabilan politik, akan tetapi di peringkat penyokong atau akar umbi, ianya bagaikan pahit bagaikan empedu, kerana tidak terlupakan bagaimana tindakan mereka itu semasa berkuasa.

Memang hakikatnya, sokongan politik tiada yang percuma. Mereka yang menyokong menggunakan agenda pembangunan di kawasan masing-masing. Tetapi, pada masa yang sama juga, rakyat yang menyokong kerajaan, sangat dahagakan pembelaan dan pembangunan.

Memang tidak dinafikan, ada pemimpin kerajaan yang menyambut baik sokongan pemimpin pembangkang yang keluar daripada parti masing-masing, atas pertimbangan, menerusi sokongan tersebut, maka peluang untuk mendapat sokongan lebih besar semasa PRU-15 parlimen. Di atas kertas memang demikian, tetapi tidak sama dengan realiti.

Pengalaman lalu-lalu, biasanya ‘para penyokong baharu” ini akan bertindak lebih sudu daripada kuah, sehingga menimbulkan konflik, dan menyebabkan wujudnya keadaan “sokong membawa rebah”.

Pun demikian, pengalaman politik yang ada pada pemimpin utama kerajaan, mampu menangani keadaan ini jika terwujud.

Sabah mempunyai visi SABAH MAJU JAYA. Menerusi visi tersebut, keterangkuman sokongan di semua peringkat diperlukan, sebagai pemudah cara mencapai perancangan yang diwujudkan.

Sabah memerlukan selain kestabilan politik, akan tetapi juga peruntukan yang besar untuk memudah cara, menangani kadar kemiskinan, dan seterusnya mengeluarkan negeri daripada salah sebuah negeri yang mempunyai ramai rakyat miskin.

Ada lah diakui, kerapnya perubahan kerajaan Sabah, adalah penyumbang kepada lambatnya pembangunan, kerana faktor, setiap kali kerajaan berganti, polisi berubah, seperti kata peribahasa, sekali air bah, sekali pantai berubah.

Diharapkan menerusi visi SABAH MAJU JAYA (SMJ), Sabah benar-benar maju, kerana ianya merupakan kelanjutan daripada HALA TUJU SABAH yang dimulakan pada tahun 2003, semasa era pemerintahan Barisan Nasional.

Terbantutnya HALA TUJU SABAH, kerana perubahan kerajaan, termasuk perubahan KERAJAAN PERSEKUTUAN, sehinggakan rancangan dan strategi yang dilakar, terbantut, termasuk penyiapan PAN BORNEO SABAH.

Mungkin, wakil rakyat pembangkang, khususnya daripada Warisan, melihat, bahawa keupayaan KERAJAAN GRS yang diterajui Datuk Hajiji Haji Noor dan barisan kabinet beliau, mampu membawa kemajuan dan pembangunan untuk Sabah secara umumnya, dan atas sebab itu, mereka meyokong.

Jika itu lah asasnya, maka kebarangkalian, parti Warisan akan kehilangan ramai pemimpin termasuk wakil-wakil rakyat, sehinggakan menjadi asbab menunggu, parti itu untuk DITALKINKAN!!!!.

No comments:

Blog Archive