Tuesday, November 02, 2021

PRN MELAKA: INDIKATOR PRU-15?

PERTEMBUNGAN tiga penjuru pada PRN ke-15 Negeri Melaka, sudah hampir pasti.

Strategi Umno mengelak pertembungan tiga penjuru, menerusi Muafakat Nasional (MN), apabila mendesak parti Pas menggunakan LOGO sendiri pada PRN, tidak menjadi kenyataan, kerana parti itu membuat ketetapan menggunakan LOGO Perikatan Nasional (PN).

Keputusan parti PAS, menggunakan logo PN, ada lah isyarat, bahawa parti itu bersama Bersatu dalam PRN tersebut.

Antara Umno, Bersatu dan Pas, akan merebut 19 kerusi DUN, selain PKR dan Amanah. Baki 9 kerusi lagi, di atas kertas, akan dimenangi Pakatan Harapan (PH), terutama oleh DAP dan PKR.

Pada PRN ini, mana-mana parti mendapat 15 kerusi, akan menubuhkan kerajaan.

Pada PRU-14, PH menang 15 kerusi, manakala Umno (BN)-13.

Tidak dapat diramal, arah mana, pengundi di 19 kerusi majoriti melayu memberikan undi mereka, walaupun masing-masing pihak yakin, akan mendapat sokongan.

PRN Melaka, akan menjadi indikator atau cerminan PRU-15 di Semenanjung.

Kita nantikan 8 November ini, selepas penamaan calon, akan jelas, keadaan sebenar pada PRN Melaka.

No comments:

Blog Archive