Sunday, October 31, 2021

PRN MELAKA: AKAN KEMBALI KAH PH?


JIKA berpandukan pada keputusan PRU-14, untuk mengelak PH kembali, maka jangan mengulangi pertembungan tiga penjuru, di kawasan-kawasan majoriti melayu.

Pada PRU-14, kerana perpecahan undi kaum tersebut, maka parti-parti dalam PH, seperti PKR dan Amanah mendapat peluang, kerana sokongan bulat daripada kaum lain.

Kedengarannya, baik Umno, Pas dan Bersatu, tidak mahu PH kembali, namun apa kah caranya?

Realiti politik perlu diterima tiga parti tersebut. Jika masih berseteru, maka merugikan mereka.

Kesepakatan menang-menang perlu diwujudkan. Kuburkan ego masing-masing, untuk visi yang lebih besar.

Mendepani realiti politik semasa, jangan bersandar lagi pada nostalgia, kerana arus politik tanah air sudah banyak berubah.

Keyakinan, tidak semestinya menjadi realiti. Tiada pemimpin atau parti yang mampu meramal kehendak rakyat.

Jangan nanti, apabila keputusan diumumkan, berlaku, terantuk baru terngada. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive