Wednesday, October 27, 2021

PRN MELAKA: JIKA PN DAN BN BERKERJASAMA- SATU KEMATANGAN POLITIK


JIKA berjaya dielak pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada PRK ke-15 Melaka, maka untuk kali ke-2, parti-parti tersebut menunjukkan kematangan politik, selepas memulakannya pada PRN-16 Sabah September tahun lepas.

Kematangan politik, apabila para pemimpin masing-masing parti meraikan perbezaan, untuk misi yang lebih besar.

Para pemimpin parti samada dalam BN mahupun PN, bukan lah pemimpin politik setahun jagung, akan tetapi para pemimpin yang penuh pengalaman, masak dengan perjalanan politik tanah air.

Rundingan antara BN khususnya Umno dengan Bersatu dan PAS dikhabarkan sedang rancak diadakan, dan akan dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon pada 8 November depan.

Isu utama antara Umno dan Bersatu serta PAS adalah berkaitan agihan kerusi. Jika dicapai satu pendekatan menang-menang, maka tiada yang mustahil dalam politik.

Setiap parti perlu memahami, jangan bolot semua, juga jangan hilang semua, kerana pengundi atau rakyat akan menentukan kemenangan datangnya daripada golongan atau kolam yang sama.

Umno mahu menjadi juara pada kawasan melayu, demikian juga PAS dan Bersatu. Mengapa pecah-pecahkan pengundi? Kerana hanya pendirian???.

Masing-masing pihak perlu mengakui bahawa senario politik tanah air sudah berubah. Dominansi sesebuah parti bukan lagi kecenderungan rakyat. Parti-parti politik perlu mengikuti kecenderungan rakyat bukan sebaliknya.

Walaupun PRN-16 Sabah bukan contoh mutlak berkaitan kecenderungan rakyat negara ini, setidak-tidaknya boleh dijadikan indikator.

Pada PRN-16 Sabah, tiada single party yang boleh membentuk kerajaan, melainkan gabungan antara parti-parti. Indikator seperti ini, seharusnya menjadi pertimbangan para pemimpin parti, samada BN mahupun PN. Fikir-Fikirkan!!!.

No comments:

Blog Archive