Tuesday, October 26, 2021

CYTRO WARISAN GUNA TAKTIK SONGSANG-LAGAKKAN PARTI-PARTI GRS

 



PEMILIK akaun facebook ini, menggambarkan dirinya penyokong TEGAR Datuk Hajiji Haji Noor. Dalam memuji Ketua Menteri tersebut, dilakarkan jika dapat bekerjasama dengan Warisan dan PH, maka kepimpinan beliau lebih menonjol, dan kononnya lebih disukai rakyat Sabah berbanding kerjasama dengan Umno dan PBS dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Selain itu, tindakan demikian, boleh mengembalikan Presiden Bersatu sebagai Perdana Menteri.

Taktik menonjolkan Bersatu dan STAR, berbanding Umno dann PBS, juga sebagai taktik SONGSANG, untuk menimbulkan kerenggangan hubungan parti-parti dalam GRS.

Caption-caption seperti berikut dibuat, seolah artikel sebuah portal berita atas talian, dan memaparkan gambar pemimpin Bersatu, kononnya, Bersatu akan bertindak menikam belakang parti Umno dan PBS.



Kaption-kaption yang disediakan, selain palsu  juga fitnah.

Dalam konteks POLITIK SABAH, semua PEMIMPIN parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan sehaja menghormati KEHENDAK dan MANDAT rakyat Sabah pada PRN-16 Sabah, akan tetapi telah MENANDATANGI persefahaman politik yang bersifat mengikat, memperkasa GRS. Atas sebab itu, tidak timbul PENJAJARAN politik baharu, sehingga lah PENGGAL KE-16 DUN SABAH TAMAT.

TAKTIK songsang sebegini, JIKA tidak disedari, boleh menimbulkan bibit-bibit PERPECAHAN.

Akan tetapi, kematangan politik para pemimpin parti-parti dalam GRS, TIDAK akan termakan taktik murahan seumpama ini.

Penulis, hanya mengingatkan diri sendiri, dan para penyokong GRS, agar berhati-hati, jika terdapatnya penyokong seumpama ini di media sosial, kerana taktik seumpama ini, bersifat SOKONG MEMBAWA REBAH...

No comments:

Blog Archive