Monday, October 25, 2021

PRN MELAKA: TESTING GROUND BAGI UMNO MENJELANG PRU-15


RUNDINGAN mengelak pertembungan tiga penjuru, walaupun masih berjalan, akan tetapi, kesepakatan mengenainya, kemungkinan tidak akan tercapai.

Barisan Nasional (BN), terutama Umno, begitu yakin, bahawa sokongan terhadap parti itu telah pulih, dan bakal mengembalikan penguasaan seperti mana-mana berlaku sebelum kehilangan kuasa pada PRU-14.

Jika parti itu boleh menang 15 kerusi, daripada kebiasaan 17 kerusi, sudah cukup untuk menubuhkan kerajaan.

Pada PRU-14,Umno menang 13 kerusi, berbanding Pakatan Harapan (PH) 15 yang terbahagi kepada DAP-8, PKR-3, Bersatu-2 dan Amanah-2.

Mungkin berasaskan rekod tersebut, maka Umno merasa yakin, selain mempertahankan 13 kerusi yang dimenangi, juga boleh merampas sekurang-kurangnya 2 kerusi lagi.

Walaupun BN hanya berbaki 4 parti, akan tetapi, struktur di Semenanjung tidak banyak berubah, kerana Umno kekal sebagai parti tunjang.

Apa yang tersirat, berkaitan kecenderungan Umno bergerak solo tanpa kerjasama dengan parti-parti yang memerlukan sokongan daripada kolam yang sama, adalah mahu menjadikan PRN Melaka sebagai testing Ground untuk PRU-15 akan datang.

Di mata Umno, parti itu bersandar pada struktur parti yang telah berakar umbi di semua peringkat berdekad lamanya.

Umno dengan jentera di semua peringkat, kekal yakin, masih mempunyai sokongan, apa tah lagi dikatakan, sokongan telah kembali, selepas sebahagian penyokong parti terpengaruh dengan berbagai isu pada PRU-14.

Bagi Umno, untuk membuktikan, apa kah sokongan benar-benar pulih, maka perlu membuktikannya, melalui gerakan solo. Kerana faktor ini lah, maka menjadi penghalang kepada kerjasama dengan parti-parti lain.

Umno CUBA mengabaikan perubahan politik semasa, sebaliknya, masih mengekalkan pendekatan politik lama, dan masih teringat nostaliga lampau dan mahu menjadi parti dominan.

Memang sukar diramal, apa kah pendirian parti itu benar-benar terbukti, kerana semuanya terletak di tangan pengundi atau rakyat.

Semasa PRN-16 Sabah, Umno meletakkan calon teramai berbanding parti-parti lain dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pun demikian, keputusan rakyat Sabah, hanya memberi kemenangan kepada 14 calon, sementara 18 yang lain kecundang pada parti lawan.

Mungkin parti itu memperkirakan, bahawa aspirasi pengundi Sabah berbeza dengan pengundi Melaka, maka faktor itu lah yang ingin dibuktikan oleh parti itu.

Di Semenanjung, sebarang keputusan PRN Melaka, akan menjadi cerminan keputusan PRU-15 di Wilayah tersebut.

Ada lah tidak pelik, jika Umno berpendirian, mahu membuktikan sokongan telah pulih atau kembali, untuk bergerak solo. Bagi parti-parti lain yang ingin mendapat sokongan rakyat, perlu berkerja keras, bersaing dengan parti itu (Umno), kerana tiada mana-mana parti atau pemimpin mampu meneka aspirasi atau kehendak rakyat.

Pendek kata, semasa PRN Melaka, rakyat akan memilih pihak mana disukai. Jika suka pada BN, maka sokong BN, jika suka PH, maka sokong PH, demikian juga, jika suka PN, maka sokong PN.

Senario seperti ini, merupakan lembaran baharu politik negara, kerana rakyat berpeluang memilih kumpulan parti-parti yang mempunyai kekuatan seimbang.

No comments:

Blog Archive