Monday, October 25, 2021

PERLU KAH MOU POLITIK ANTARA GRS DAN PH?


KERAJAAN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kurang 4 kerusi daripada kuasa 2/3.

Kerusi pembangkang, diwakili Warisan -20, DAP-6, PKR-2 dan UPKO-1, manakala satu DUN Kosong, Dun Bogaya.

DUN Sabah termasuk ADUN dilantik merangkumi 79 kerusi. Kuasa 2/3 meliputi 53 kerusi.

Untuk sementara GRS dan ADUN Bebas mesra kerajaan memiliki 49 kerusi.

GRS yang berintipatikan BN, PN dan PBS telah menang 38 kerusi DUN pada PRN-16 Sabah September tahun lalu. Namun, MENDAPAT sokongan 3 ADUN Bebas dan 2 mantan ADUN Warisan SERTA 6 ADUN dilantik.

Sebelum ini dispekulasikan, bakal ada persefahman politik antara PH dan GRS, serupa dengan MOU yang ditanda tangani kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 13 September, namun Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Haji Noor memberi respon pada Ahad, bahawa cadangan tersebut datang daripada DAP (Lim Guan Eng) dan UPKO (Madius Tangau), akan tetapi beliau (Hajiji) tidak dapat mengulas lanjut, kerana sebarang keputusan berkaitan bukan sahaja dibincang akan tetapi diputuskan bersama-sama dengan pemimpin parti-parti dalam GRS.

Setakat ini, belum terdengar, bahawa MOU seumpama itu, menjadi agenda pada sebarang mesyuarat Majlis Presiden GRS.

Kerajaan Persekutuan memerlukan MOU seumpama itu, memandangkan majoriti tipis yang dimiliki, berbeza dengan kerajaan GRS yang mempunyai sokongan yang kukuh.

Sebenarnya, daripada segi positifnya, jika berlaku persefahaman politik antara GRS dan PH, maka kerajaan mempunyai peluang membawa sebarang undang-undang yang memerlukan sokongan 2/3. umpamanya undang-undang yang berkaitan Perlembagaan Negeri yang tidak sesuai dengan keadaan semasa, selain-selain memperbetulkan undang-undang yang dibuat semasa Kerajaan Warisan, yang bertentangan dengan kehendak rakyat negeri ini.

Dalam senario politik sekarang, khususnya berhadapan dengan pasca pandemik Covid-19, kuasa 2/3 sesebuah kerajaan diperlukan, demi kelancaran pemerintahan dan pentadbiran.

Akan berlaku kah MOU antara PH dan GRS dalam masa terdekat?

No comments:

Blog Archive