Sunday, October 24, 2021

PRN MELAKA: TIGA PENJURU ATAU?


UNTUK sementara pertembungan tiga penjuru tidak dapat dielak, antara BN, PH dan PN.

Ada yang kata, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, memberi kelebihan pada PH, dan jika berlaku satu lawan satu PH lawan BN+PN, memberi kelebihan pada kerjasama tersebut.

Semua kita tahu, BN dan PN dan GPS sedang menerajui Kerajaan Persekutuan, termasuk di berapa negeri, kecuali Pulau Pinang dan Selangor.

Kalau berasaskan keputusan PRU-14, memang benar, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, memberi kelebihan pada PH, namun jangan lupa senario politik sudah berubah.

Pada PRU-14, BN masih dengan 13 komponen parti, PH masih bersama Bersatu, serpihan Bersatu Pejuang dan Muda, serta kumpulan Azmin Ali. Juga jangan lupa, parti PAS ada lah kumpulan ketiga yang bukan sebahagian daripada kumpulan parti-parti tersebut.

Sempena PRN Melaka, boleh dikategorikan semua parti-parti adalah gabungan baharu. BN dengan 4 komponen parti (Umno-MCA-MIC-PPBRS), PH (DAP-PKR-Amanah-UPKO), PN (Bersatu-PAS-STAR-Gerakan-SAPP), sementara Pejuang dan MUDA (belum didaftarkan) tidak diketahui apa kah juga ikut serta.

Keputusan PRN Melaka dijangka menjadi cerminan politik tanah air, selain gambaran sebenar keputusan PRU-15 akan datang.

Jika berlaku pertembungan tiga penjuru, maka kita akan melihat, pertembungan antara Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Razak. Kedua-dua pemimpin ini mempunyai tarikan daripada pengundi, kerana kepetahan mereka berucap, membangkitkan isu-isu semasa, selain mempunyai penyokong masing-masing.

Di lain pihak pula, kita akan menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga orator kawakan, yang juga mampu menarik sokongan pengundi.

Jangan lupa juga, kehadiran pemimpin Pas, khususnya Presiden parti itu, akan juga memberi impak pada calon masing-masing.

Pendek kata, PRN Melaka, kita akan menyaksikan impak tokoh politik tanah air, pada pilihan raya kali ini.

Tidak pasti, apa kah juga, isu-isu berkaitan individu akan dibangkitkan, dan jika dibangkitkan apa kah mempengaruhi pengundi seperti mana berlaku pada PRU-14?

Pada PRU-14, isu-isu berbangkit berkaitan Datuk Seri Najib, khususnya dana RM2.6bilion, isu 1MDB dan SRC, selain isu yang dihubungkaitkan dengan Datin Rosmah Mansor.

Pada PRN kali ini, tidak pasti, apa kah juga isu berkaitan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut dibangkit, kerana kerana sedang dibicarakan di mahkamah.

Bagi pandangan penulis, semasa PRN Melaka, isu UTAMA adalah tokoh politik mana menjadi pilihan rakyat. Jika pengundi suka pada Najib dan Zahid, maka akan pilih BN, jika suka Anwar dan Guan Eng maka sokong PH, dan jika suka Muhiyidin dan Hadi Awang, maka sokong PN.

Mana-mana pilihan raya, pemimpin atau parti kena akur dengan aspirasi rakyat, bukan sebaliknya. Atas sebab itu, sebarang keputusan PRN Melaka, ada lah keputusan rakyat negara ini secara umum, dan mungkin keputusan tersebut serupa dengan keputusan pengundi Sabah pada PRN-16 negeri tersebut pada September tahun lepas. Sama-sama kita nantikan 20 November depan.

No comments:

Blog Archive