Sunday, October 24, 2021

SENARIO PRN MELAKA: CERMINAN POLITIK TANAH AIR


DI ATAS kertas, pemimpin Umno telah yakin, bahawa sokongan terhadap parti tersebut telah pulih. Kerana keyakinan tersebut, maka lebih memilih bergerak solo bersama Barisan Nasional, berbanding bekerjasama dengan parti-parti lain.

Pada PRU-14, Umno telah kehilangan kuasa di Melaka, apabila hanya menang 13 kerusi DUN daripada 17 yang dimenangi pada PRU-13.

Pada PRU-13, BN menang 21 kerusi daripada 28, manakala pada PRU-14 hanya 13, semuanya daripada Umno.

Negeri Melaka yang mempunyai 28 kerusi Dun, 19 kawasan majoriti melayu dan bakinya majoriti kaum cina.

Pada PRU-14, semua kawasan majoriti cina di menangi Pakatan Harapan (PH), 8 oleh DAP dan satu oleh PKR. Malah PKR, menang satu kerusi campuran.

Walaupun di atas kertas dikatakan sokongan terhadap Umno telah pulih, akan tetapi, jika berlaku bertembungan tiga penjuru di kawasan-kawasan yang ditandangi parti itu, sukar diramal, parti mana yang akan menang.

Berasaskan senario politik semasa, sukar menggunakan rekod lampau, kerana arah politik tanah air sudah banyak berubah.

Jika parti-parti berasaskan melayu/bumiputera, mahu mengutamakan golongan yang diwakili, maka perlu menghindar daripada mempertaruh untung nasib golongan tersebut, sebaliknya perlu berpakat dan bergerak sebagai satu pasukan.

Semua pihak perlu menjadikan pendekatan menang-menang, tidak membolot semua, sebaliknya menjadikan pendekatan KELUARGA MALAYSIA sebagai iktibar. Jika pinjam perkataan kegemaran orang Sabah- kita-kita juga ba ini.

Sebelum penamaan calon pada 8 November, ada lah diharapkan akan berlaku kesepakatan antara Umno, Bersatu dan PAS atau antara BN dan PN, seperti mana pendekatan pada PRN-16 Sabah yang telah mengwujudkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Semua pihak perlu bergerak ke depan, dan jadikan isu lampau, sebagai sempadan, semata-mata untuk rakyat, agama dan tanah air. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive