PRN Melaka, telah mengwujudkan kedudukan yang serba salah atau dilema pada Datuk Seri Ismail Yaakob, kerana sebagai Perdana Menteri pada parti-parti yang akan bertembung sesama sendiri pada pilihan raya tersebut.
Walaupun Perdana Menteri ada lah pemimpin berkedudukan nombor tiga dalam Umno, akan tetapi pendirian pemimpin Nombor satu dan dua, menyekat beliau menentukan hala tuju parti.
Ismail Sabri terjebak dalam keluarga 69.
Akan turut berkempen kah beliau pada PRN kali ini? Jika turut berkempen, maka itu lah cerminan hala tuju kepimpinan beliau.
Hakikatnya sebarang keputusan pada PRN kali ini adalah cerminan keputusan PRU-15 akan datang.
Pertembungan tiga penjuru sukar untuk dielak, kerana Umno menerusi Presiden parti itu dengan tegas, tiada sebarang kerjasama antara Bersatu mahupun PN.
Oleh kerana keputusan Umno tersebut, maka PN akan meletakkan 28 calon di semua DUN yang dipertandingkan.
Dalam senario politik sekarang, tidak jelas pihak mana yang mempunyai kelebihan, baik PH, BN mahupun PN, walaupun jika merujuk pada keputusan PRU-14, pertembungan tiga penjuru lebih menguntungkan PH.
Senario politik sudah berubah. Jika pada PRU-14, BN masih kompak dengan 13 parti komponen, PH masih kekal dengan Bersatu, Pejuang, dan kumpulan Azmin Ali, manakala PN belum wujud lagi.
Perubahan senario politik sebegini, akan mempengaruhi keputusan pengundi, jika dirujuk pada keputusan PRN-16 Sabah pada September tahun lalu.
Pengundi Melaka akan menunjukkan hala tuju politik tanah air, memandangkan komposisi pengundi di negeri tersebut boleh dikatakan mewakili komposisi pengundi negara.
Pada PRN Melaka, PH ingin mengembalikan mandat yang diberikan rakyat negeri tersebut pada PRU-14, manakala BN pula ingin mengulangi penguasaan berdekad yang hilang pada PRU-14. Sementara PN pula ingin memberi pilihan pada rakyat atau pengundi Melaka.
Sebenarnya pada PRN kali ini, rakyat hanya ada satu pilihan, pemimpin mana yang disukai atau disokong. Jika rakyat suka pada pimpinan BN, maka akan sokong BN, jika PN maka sokong PN dan seterusnya jika suka PH maka akan sokong PH.
Pengundi akan melihat sosok pemimpin, antara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zahid berganding dengan Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhiyiddin dengan Tok Guru Hadi Awang, manakala Anwar dengan Lim Guan Eng.
Selain itu pengundi juga akan memberi pertimbangan pada isu-isu semasa, isu-isu yang berkaitan pemimpin, selain rekod pemerintahan masing-masing.
Sukar untuk mencongak keputusan rakyat, memandangkan arah tuju rakyat sudah berubah. Pada keadaan politik sekarang, terlalu sukar membuat ramalan, kerana kedudukan seseorang dalam politik tidak lagi boleh dipertaruhkan sebagai faktor sokongan pengundi.
Arah tuju rakyat pada PRU-14 tidak boleh diketepikan begitu sahaja, walaupun berlaku sedikit neutraliasi pada beberapa PRK selepas PRU-14. Namun, jika melihat pada PRN 16 Sabah, kecenderungan pengundi memang benar-benar berubah.
Mungkin perubahan aspirasi rakyat atau pengundi, akan menjadi FAKTOR pertimbangan PERDANA MENTERI pada PRN Melaka. Sama-sama kita lihat, apa yang akan berlaku.
No comments:
Post a Comment