Saturday, October 23, 2021

PRN MELAKA: PERTEMBUNGAN TIGA PENJURU PARTI YANG DAPAT KELEBIHAN?


KALAU berasaskan senario politik semasa, tiada pihak yang jelas mendapat kelebihan jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara BN, PH dan PN.

Masing-masing pihak mempunyai kelemahan dan kelebihan.

Di pihak PH menguasai kawasan majoriti cina, dan kawasan campuran, dan kelebihan tersebut akan diterjamah kepada 10 kerusi. Manakala BN dan PN yang mendapat sokongan melayu, akan berebut  baki 18 kerusi. Dalam senario politik sekarang, sukar, bagi BN atau PN menang 15 kerusi, sebagai syarat majoriti mudah.

Melihat kebarangkalian keputusan PRN ke-15 Melaka, kemungkinan akan berlaku penjajaran politik baharu untuk membentuk kerajaan negeri.

PRN ke-15 Melaka sangat menarik untuk ditunggu, kerana bakal mempengaruhi PRU-15 akan datang.

Dalam politik, tiada mana-mana pemimpin boleh memaksa rakyat atau pengundi mengikut kehendak mereka,melainkan sebaliknya. Mana-mana pemimpin atau parti politik mengikuti kehendak rakyat, maka parti atau pemimpin itu lah yang bakal mendapat mandat rakyat. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive