Tuesday, August 10, 2021

USUL PERCAYA PADA PERDANA MENTERI- KEM ZAHID TERPERNGKAP

15 ahli parlimen Umno, terutama 14 orang yang disenaraikan oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi kepada Agong, kini terperangkap dengan tindakan sendiri, kerana tindakan mereka itu, tidak dapat mempengaruhi Agong meminta Tan Sri Muhiyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan, sebaliknya Baginda memberi perkenaan kepada permohonan Perdana Menteri menggunakan Parlimen untuk pengabsahan sokongan kepada beliau dan kerajaan Perikatan Nasional.

Kerana memaksa Tan Sri Muhiyiddin Yassin meletakkan jawatan tidak menjadi kenyataan, maka isu utama sekarang, jika USUL PERCAYA tidak mendapat sokongan, SIAPA calon Perdana Menteri?

Umno kem Zahid, menerusi Ahmad Maslan, mengatakan Presiden Umno itu telah melapazkan sumpah tidak akan menyokong Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri. Jika demikian, maka cerita mengenai Anwar tertutup. Mengapa tertutup, Anwar tidak akan mungkin mendapat sokongan sekurang-kurangnya 111.

Baik lah Tan Sri Muhiyiddin gagal mendapat sokongan usul percaya, dan Agong akan memilih seseorang ahli parlimen difikirkan oleh Baginda mendapat sokongan majoriti. Maka berulang lagi senario Februari, 2020. Jika itu berulang, apa pilihan kem Zahid? Jika ahli parlimen PN kekal menamakan TSMY, PR menamakan Anwar, kemudian Pejuang menamakan Tun Dr Mahathir, dan Warisan pula menamakan Pengerusi Pejuang tersebut. Kesudahan nanti, tiada siapapun yang mendapat majoriti mudah, dan pada masa sama, TSMY belum meletakkan jawatan. Dalam keadaan ini, Agong tidak boleh melantik Perdana Menteri baharu, atas sebab, tiada yang mendapat sokongan majoriti.

Jika keadaan ini berlaku, jalan keluarnya, agong memberi perkenaan pada Kerajaan minoriti, dan Kerajaan tersebut adalah kerajaan PN dan Perdana Menterinya adalah TSMY.

Betul lah kata Datuk Nazri Aziz, jika kail hanya sejengkal jangan mencuba laut yang dalam.

Permainan persepsi kononnya, TSMY bukan lagi Perdana Menteri yang sah, tiada asas, kerana dalam Perlembagaan, selagi belum dibuktikan menerusi sidang parlimen (berlaku dalam ruang sidang di depan Speaker) bahawa TSMY kehilangan sokongan, maka apa sahaja cerita mengenai legitimate hanya merupakan bualan/cerita kosong.

No comments:

Blog Archive