Wednesday, August 11, 2021

KUKUHKAN KERAJAAN GRS KEUTAMAAN UMNO SABAH

KENYATAAN rasmi Umno Sabah pada 6 Ogos, akan terus menghormati, memperkukuhkan, mematangkan mandat yang diberikan rakyat Sabah kepada parti itu menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Oleh itu, Umno Sabah berpendirian untuk terus kekal dan menyokong Kerajaan GRS di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Kenyataan rasmi parti tersebut, sebagai respon pada propaganda daripada pihak parti Warisan Sabah yang disokong oleh “so called pakar politik” daripada UMS dan UM, bahawa kerajaan GRS Sabah bakal tumbang, ekoran pergolakan politik di Semenanjung yang digerakan oleh Kem Presiden Umno-Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.

GRS Sabah dianggotai PN (Bersatu, PAS, STAR, SAPP, Gerakan), BN (Umno, MCA, MIC, PBRS) dan PBS.

Kerajaan PN disokong PN, BN (kecuali kem Zahid), PBS, GPS, dan beberapa ahli parlimen Bebas.

Sepatutnya, kenyataan rasmi terbaharu Umno Sabah tidak diperlu, kerana terdapatnya MOU antara parti-parti komponen dalam GRS, yang mengambil ketetapan, gabungan tersebut AKAN terus bebas dengan pergolakkan politik dari tanah seberang. Namun, demi maksud ketegasan pada MOU dan menepis berbagai andaian akhir-akhir ini, maka maksud kenyataan rasmi terbaharu tersebut, agar pihak-pihak tersebut menghentikan mengaitkan Umno Sabah.

Para penganalis yang kerap dirujuk oleh protal atas talian yang dikatakan pakar tersebut, cuba mengelirukan pandangan rakyat, bahawa akan berlaku penjajaran politik baharu di Sabah dengan mengenepikan PN, dan bakal ditubuhkan kerajaan baharu antara Warisan Plus dan Umno.

Pandangan penulis, walaupun, latar belakang politik Sabah, yang kerap berubah, maka tidak mustahil boleh berlaku penjajaran politik antara Umno dan Warisan plus, akan tetapi, Umno tidak akan berani mengambil risiko membelakangkan aspirasi rakyat Sabah pada PRN-16. Parti itu telah mengambil iktibar pada parti UPKO yang hampir golong tikar, sebagai impak kerjasama dengan Warisan Plus.

Parti Warisan, adalah parti yang tidak akan mampu bertahan dalam masa lama, kerana perjuangan parti tersebut, bersandarkan pada sentimen semasa, bukan parti bermatlamat jangka panjang.

Warisan selepas kalah lagi dalam Pilihan raya, walaupun semasa PRN-16 Sabah sebagai sebuah Kerajaan yang mahu mendapat mandat daripada rakyat, membuktikan, bahawa sokongan terhadap parti tersebut berasaskan sentimen sukuan Presiden dan Timbalan Presiden parti tersebut, bukannya kerana perjuangan.

Rakyat Sabah secara umumnya, telah menjadi saksi hidup, selama 26 bulan kerajaan Warisan, bentuk pemerintahan, yang bersandarkan kepada sukuan tertentu dan mengabaikan sukuan-sukuan lain.

Tidak pernah berlaku dalam kerajaan Sabah, sejak merdeka, Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri dari Palimen yang sama. Keadaan tersebut berlaku pada Kerajaan Warisan. Selain itu, tidak pernah berlaku ADUN dilantik juga Presiden sebuah PBT daripada negeri lain, semua itu berlaku semasa Kerajaan Warisan.

Pendek kata, Warisan hanya bermatlamat jangka pendek, menggunakan rakyat untuk berkuasa, jauh sekali membela rakyat dan negeri.

Berasaskan pada latar belakang tersebut, bagai mana kah “So called Pakar” tidak dapat membaca, aspirasi rakyat Sabah secara keseluruhan? Makna kata, mereka itu hanya sembang kari, tanpa asas kukuh.

No comments:

Blog Archive