APABILA semua ahli parlimen parti itu, menjadi sebahagian daripada kerajaan, selepas 22 bulan sebagai pembangkang, ertinya, sudah berlaku lompatan.
Tindakan menjadi kerajaan bukan melalui pilihan raya, kemudiannya menukar keputusan rakyat/pengundi, istilahnya melompat.
Jika anggapan, mana-mana ahli parlimen atau parti bertindak melompat, maka pengundi/rakyat akan menolaknya pada pilihan raya, maka semula ahli parlimen Umno tiada yang terkecuali.
Demikian juga tiada seorangpun ahli parlimen Bersatu, Pas, GPS akan terselamat, kerana telah menukar keputusan pengundi/rakyat.
Jika anggapan itu betul, seperti mana analisis berbagai-bagai penganalisa politik tanah air, maka hanya DAP, PKR dan Amanah yang selamat, kerana tidak melawan kehendak pengundi/rakyat.
Benar kah demikian?
Mari kita buktikan pada PRN-16 Sabah.
Adalah didapati, pada PRN-16, semua mereka yang menukar keputusan PRU-14, semuanya menang, kecuali mereka yang bertanding bebas.
Ertinya, anggapan penganalisis politik tersebut sudah ditolak.
Perlu diperjelaskan dan perlu diakui, KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL yang terbentuk, bukan kerana melompat, akan tetapi kesepakatan antara ahli-ahli parlimen membentuk kerajaan, apabila tumbangnya kerajaan yang dipilih semasa PRU-14.
Jika demikian, mereka yang menyertai kerajaan, bukan kerana melompat, akan tetapi keperluan semasa, membentuk kerajaan.
Tidak timbul, ahli-ahli parlimen yang membentuk kerajaan PN, dikategorikan sebagai lompat parti, kerana tiada siapapun yang melompat.
Kerana berlaku, ada di antara ahli parlimen kekal menyokong PN, mereka tidak boleh juga disebut melompat, akan tetapi kekal mempertahankan keputusan awal semasa membentuk kerajaan.
Tiada jaminan, ahli parlimen yang mana pada mulanya secara bersama-sama membentuk kerajaan, akan tetapi kemudiannya berpaling tadah, maka akan mudah diterima rakyat/pengundi, kerana dianggap tidak melompat, berbanding yang tidak ikut berpaling tadah, dan mereka ini termasuk kategori melompat. Sedangkan, istilah melompat, tidak timbul.
Senario politik yang berlaku sekarang, adalah parti-parti yang menang pilihan raya semasa PRU-14, mahu mendapatkan semula kerajaan sesuai dengan mandat rakyat.
Kerana Umno kem Datuk Presiden Umno sedar, Umno tidak diberi mandat memerintah negara, selepas PRU-14, maka elok lah dikembalikan pada parti-parti yang diberi mandat.
Kerana alasan demikian lah, seramai 15 ahli parlimen Umno kem Zahid, menarik sokongan (abandoned) PN.
Mungkin yang dimaksudkan, para penganalisis tersebut, ahli parlimen daripada DAP, PKR dan Amanah atau Warisan, jika ada diantara mereka berpaling tadah, maka dikategorikan sebagai melompat, kerana berlawanan dengan keputusan PRU-14, dan mereka itu akan ditolak rakyat/pengundi.. sekali lagi agumen tersebut ditolak semasa PRN-16 Sabah.
Sedangkan senarionya, apa kah seseoang itu ditolak atau tidak, bergantung kepada tujuannya. Jika tujuan bertukar arah kerana kepentingan rakyat, maka rakyat tidak akan menolaknya, namun, jika tindakan berasaskan kepentingan peribadi, maka pasti akan menolaknya. Sekali lagi PRN-16 Sabah membuktikannya, apabila Presiden UPKO kalah di Dun Kiulu, sedangkan beliau adalah ahli parlimen Tuaran, di mana kawasan Kiulu salah satu DUN dalam kawasan parlimen tersebut yang beliau menangi pada PRU-14 menggunakan logo Barisan Nasional. Penolakan terhadap Datuk Madius Tangau, kerana tindakan beliau mengubah pendirian selepas PRU-14, bukan kepentingan rakyat, akan tetapi peribadi.
Ertinya rakyat/pengundi akan menilai ahli parlimen atau pemimpin yang daripada segi tujuan dan matlamat.
Senario politik sekarang, rakyat memerhatikan, ahli parlimen atau pemimpin yang bermatlamat peribadi atau rakyat.
Dalam keadaan rakyat sedang berhadapan dengan krisis kesihatan dan ekonomi, mereka yang berkepentingan peribadi, tidak sabar-sabar menumbangkan kerajaan.
Walaupun ketidak sabaran tersebut, kerajaan tidak juga tumbang-tumbang, dan mereka itu merasa gusar lagi, Perdana Menteri berani menggunakan parlimen untuk mengabsahkan sokongan terhadap beliau dan kerajaan menerusi USUL PERCAYA.
Kerana kegusaran tersebut, sedangkan mereka, mengaku kerajaan sudah tumbang kerana kehilangan sokongan, mereka terlupa, ada ahli-ahli parlimen mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan peribadi. Ada sebilangan ahli parlimen, bukan sahaja simpati pada rakyat akan tetapi merasakan mempunyai tanggugjawab besar terhadap mereka yang sedang berhadapan dengan krisis kesihatan dan ekonomi, malah berkaitan nyawa.
Apa kah rakyat sanggup menolak meraka yang mengutamakan rakyat, berbanding kepentingan peribadi? Sekali lagi, boleh merujuk kepada keputusan PRN-16 Sabah.
Pada PRN-16 Sabah, Datuk Shafie dan Warisan ditolak rakyat, kerana kepentingan peribadi, membubarkan DUN Sabah, dikala rakyat berhadapan dengan cengkaman Covid-19.
Tidak pelik, juga rakyat/pengundi akan menghukum mereka yang bertindak sama..
Rakyat negara ini, benar-benar dapat panduan, dan SOP baharu, pemimpin mengutamakan parti dan pemimpin mengutamakan rakyat.
No comments:
Post a Comment