Tuesday, August 10, 2021

KEDUDUKAN AHLI-AHLI PARLIMEN TERKINI MENGIKUT KEM



Mari kita main congkak-congak kerbarangkalian keputusan USUL PERCAYA pada September depan.

Kalau mengkaji berasaskan pengakuan masing-masing kem, adalah seperti mana ditabulasikan pada tabel di atas.

Jika garis penamat adalah 111, Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai 100 kerusi, memerlukan 11 kerusi, Pakatan Harapan (PH) dengan 88 kerusi, memerlukan 23 kerusi; Warisan/Pejuang/Muda/PSB dan bebas pula memerlukan 94 kerusi, manakala Umno kem Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memerulkan 97 kerusi, dan kem PR++ memerlukan 12 kerusi. Senario di atas adalah untuk PN mengekalkan kerajaan, manakala yang lain ingin membentuk kerajaan.

Oleh kerana PN hendak mengabsahkan kerajaan yang diterajui, maka memerlukan sokongan 11 ahli parlimen; jika gagal, maka tumbang.

Apabila kerajaan tumbang, maka Speaker akan meminta mencadangkan siapa Perdana Menteri, dan jika senario pada tabulasi di atas kekal, ertinya, semua kem tidak mempunyai sokongan sokongan majoriti mudah.  

Namun, jika berlaku swing daripada kem Zahid, samada ke PR++  atau PN (sedikit kebarangkalian) maka kem itu lah yang ada sokongan majoriti.

Tidak dinafikan, kerbarangkalian, kem Zahid, akan tidak berpihak pada mana-mana kem. Jika kumpulan itu berpegang teguh kepada ketetapan parti Umno, No Anwar dan No DAP. 

Oleh kerana berbagai kemungkinan akan berlaku, semasa USUL PERCAYA, maka elok lah kita menunggu, apa yang akan berlaku pada masa itu. 

Dari sekarang hingga lah ke masa itu, jika ada kenyataan-kenyataan, itu semua hanya perang psikologi.

Dalam masa perang psikologi ini, walaupun kerajaan sedang menghitung hari, demikian juga yang ingin mengambil alih, penentu adalah pada hari H, samada selepas perasmian SPBA- 6 September atau keesokannya 7 September.  Pada masa itu lah jawapan kepada kemelut politik yang sedang melanda. SELAMAT MENUNGGU.

No comments:

Blog Archive