Thursday, August 05, 2021

PARLIMEN- TALIAN HAYAT PERDANA MENTERI

PERDANA MENTERI, sedar, percaturan politik masa kini, hanya berpandukan kepada tekad dan tawakal. Walaupun ramai pemimpin mengatakan meletakan talian hayat beliau dan kerajaan pada usul percaya, merupakan tindakan berani.

Berpandukan kepada berani kerana benar, selain berserah kepada ketentuan Allah, kerana perancangan Allah itu lah sebaik-baik perancangan.

Rakyat negara ini tahu, sejak Oktober, 2020, bertali arus cubaan menumbangkan kerajaan, akan tetapi semua cubaan  masih kandas, malah Presiden Umno teramat yakin, apabila beliau mempersembahkan 8 surat akuan ahli parlimen Umno kepada Agong pada 30 Julai menarik sokongan dari kerajaan, maka telah sampai garis penamat bagi Perdana Menteri dan Kerajaan.

Seperti mana yang kita saksikan, semalam, selepas menghadap Agong, raut wajah Perdana Menteri, kelihatan tenang, dan tidak menampakkan sebarang kegusaran atau tekanan. Beliau mengumumkan, isu perletakan beliau sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit, atas sebab, kerajaan yang beliau pimpin masih mempunyai sokongan majoriti.

Kerana pengumuman tersebut, pembangkang termasuk Zahid and the geng, menolak pengumuman tersebut, malah Presiden Umno itu mengeluarkan kenyataan akhbar, akan mengutus warkah susulan kepada Agong, yang mengandungi surat akuan tambahan daripada ahli-ahli parlimen Umno.

Sepatutnya, jika Zahid masih waras, selepas Perdana Menteri meletakan untung nasib beliau di tangan ahli parlimen menerusi usul percaya pada September, maka wajar menunggu masa tersebut, kerana bukan lama lagi pun. Akan tetapi tindakan beliau mengutus warkah kepada Agong, menunjukkan ketidak sabaran beliau, malah menjadikan Agong, budak suruhan, kerana terpaksa melayani karenah Presiden Umno tersebut.

Tindakan Zahid, lebih teruk berbanding tindakan Anwar and the geng, seperti kata peribahasa-lebih sudu daripada kuah.

Atas tindakan Zahid tersebut, maka, wajar, Agong, melihatnya, sebagai tindakan yang amat terdesak, kemaruk kuasa, kerana bukan sahaja mengabaikan kepentingan rakyat dan negara akan tetapi sanggup memperjudikan nyawa rakyat.

Dalam keadaan sekarang, tiada jaminan, menumbangkan kerajaan, maka 3 krisis serangkai- krisis kesihatan-krisis ekonomi-krisis politik, akan selesai, maka keadaan bertambah teruk itu ada.

Penulis berpandangan, jika pun, Zahid mengutus warkah tambahan, elok lah Agong menasihatkan beliau, untuk bersabar dan menunggu sidang parlimen. Menerusi usul percaya, akan terlerai segala-galanya, siapa yang benar-benar mendapat sokongan, dan siapa yang tidak. Sabar itu separuh daripada iman..

No comments:

Blog Archive