Thursday, August 05, 2021

ZAHID TIDAK SABAR-SABAR TUMBANGKAN KERAJAAN.

TIADA jaminan, tukar kerajaan krisis 3 serangkai (krisis kesihatan-krisis ekonomi-krisis politik) selesai. Kebarangkalian akan bertambak teruk.

Pun demikian, Perdana Menteri memberi laluan kepada mereka yang kemaruk sangat merebut kuasa, pada sidang parlimen September depan, yang hanya 4 minggu lagi, satu Usul Percaya akan dibentangkan kerajaan.

Bukannya lama pun, hanya 4 minggu. jika Datuk Zahid and the geng dan Datuk Anwar and the geng mempunyai nombor, maka pasti dapat menumpaskan USUL PERCAYA kerajaan.

Semalam, dalam satu kenyataan, Zahid memberitahu, akan menulis warkah susulan kepada Agong, mengandungi surat akuan tambahan kepada 8 ahli parlimen Umno yang telah dipersembahkan pada baginda pada 30 Julai. Menurut Zahid, PN sepatutnya sudah tumbang, kerana hanya disokong 114 ahli parlimen. Apabila 8 menarik sokongan, maka berbaki 106, dengan jumlah itu  sepatutnya Perdana Menteri dan Kerajaan hilang sokongan dan tumbang. Namun, ternyata, selepas PM menghadap Agong, beliau mempersembahkan sejumlah sokongan yang menunjukkan bahawa beliau dan kerajaan mempunyai sokongan majoriti.

Ekoran pengumuman PM, bahawa beliau dan kerajaan masih mempunyai sokongan, perletakan jawatan PM dan Kerajaan, tidak berbangkit. Akan tetapi, dipihak pembangkang, termasuk Zahid meragukan kenyataan PM tersebut.

Dalam keadaan jangkitan covid-19 yang terus mencanak naik, sepatutnya pembangkang termasuk Zahid and the geng membantu kerajaan menggunakan semua tenaga masing-masing melawan virus pembunuh tersebut. Tetapi, apa yang berlaku, sudah lah mereka ini tidak membantu, malah menjadi penyumbang kepada jangkitan, dan pada yang sama menganggu kelancaran tindakan-tindakan kerajaan.

Malang sungguh bagi rakyat negara ini, kerana terdapatnya ahli-ahli yang berhormat, yang hanya mengutamakan kepentingan peribadi.

Kepada rakyat negara ini,yang masih mampu berfikir, para pemimpin seumpama ini, perlu dihalang sebagai pemimpin negara di masa akan datang, dengan cara menolak mereka menerusi pilihan raya.


No comments:

Blog Archive