Friday, August 20, 2021

MENGAPA KULI BERKECUALI?


JANGGAL sungguh tindakan ahli parlimen Gua Musang daripada Umno tersebut, kerana sebelum ini, telah mencatit rekod tersendiri, berkecuali menyokong kerajaan PN1.0, kemudian menarik sokongan, sehingga kerajaan tumbang, kerana matlamat beliau, kerajaan perlu dipimpin Umno.

Apabila kerajaan PN2.0 dipimpin Umno, tetap juga pemimpin veteran Umno yang mesra disapa KULI, kekal berkecuali.

Memang tersirat, AP Gua Musang tersebut, hendak juga merasakan jawatan Perdana Menteri, tetapi beliau gagal mengukur baju di badan sendiri.

Nasib beliau, hampir sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga gagal mengukur baju di badan sendiri. Walaupun, KULI, tidak lah seagresif Anwar, akan tetapi keinginan menjadi Perdana Menteri, jauh sebelum Anwar menginginkan jawatan tersebut, kerana Penasihat Umno itu telah memulainya sejak tahun 1987.

Melihat pemimpin yang dilantik sebagai Perdana Menteri, selepas PRU-14, pemimpin underdog lah yang terpilih.

Senario sebegini akan berterusan dalam politik negara dalam masa-masa akan datang. Perubahan sebegini lah yang diperlukan, agar "warlord" politik tidak lagi menjadi pencatur politik negara.

2 comments:

mahligaiseni said...

Ukuran baju Anwar sudah tepat tetapi dinafikan oleh tukang jahit yang jahat.

mahligaiseni said...

Pengikut tukang jahit yang jahat itu antaranya pemilik blog inilah!

Blog Archive