SYARAT pertama, Perdana Menteri hendaklah memastikan anggota kabinetnya terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah, dan KEDUA beliau juga mesti meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindugi kebebasan badan kehakiman dan menjujung konsep raja berpelembagaan.
Apa masalah dua syarat tersebut? Kecuali lah Perdana Menteri, mahu mengwujudkan barisan kabinet yang mengandungi unsur-unsur sedemikian, selain memerintah tidak mengikut pemisahan kuasa seperti mana termaktub dalam perlembagaan negara.
Jika itu lah pilihan Perdana Menteri, maka bukan sahaja PN yang menolak, akan tetapi rakyat negara ini.
Syarat PN itu, bukanpun, syarat, akan tetapi asas, kepada pemerintahan.
Sepatutnya semua pihak menyambut dan menerimanya dengan berlapang dada, kerana itu lah sebaik-baiknya amalan yang diperlukan daripada Perdana Menteri, kabinet dan kerajaan.
Jangan kerana mahu menyelamatkan kawan, perkara tidak baik pun dihalalkan. Sebenarnya, dua syarat tersebut telah lama diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional atau Umno khasnya sebelum tumbang. Semasa era kerajaan BN, sesiapa sahaja pemimpin terpalit kes mahkamah, diwajibkan meletakkan jawatan, sehingga lah nama dibersihkan.
Nama-nama seperti Tan Muhammad Taib, Allahyarham Abu Hassan Omar, Allahyarham Abu Jahar, Tan Sri Rahim Tambi Chik, Datuk Dr Khir Toyo, Tan Sri Kasitah Gaddam dan ramai lagi, terpaksa meletakkan jawatan, semasa sedang menyandang tugas. Ini kan pula, membawa mereka yang sedang dibicarakan di mahkamah menyertai kabinet atau dilantik pada jawatan-jawatan politik.
Sebenarnya, kepimpinan sekarang, terpengaruh dengan kepimpinan DAP atau PKR, walaupun pemimpin kedua buah parti itu, dijatuhi hukuman, termasuk dipenjarakan, akan tetapi masih menang dalam pilihan raya.
Kerana ingin mencontohi DAP dan PKR, maka, amalan yang sekaian lama digunapakai, diketetapikan. Kerana itu, walaupun ada pemimpin sedang dibicarakan di mahkamah, turut dilantik pada jawatan-jawatan penting.
Memang betul lah, selagi mahkamah belum memutuskan seseorang itu bersalah, maka seseorang yang sedang dibicarakan itu belum bersalah. Tetapi, mengapa kain bersih, dikotorkan?
Peringatan PN tersebut, agar Kerajaan bukan sahaja bersih akan tetapi kelihatan bersih.
No comments:
Post a Comment