Apa yang berlaku, semakin berpecah lah kaum melayu/bumiputera, di lain pihak pula, bertambah kukuh lah kaum cina di bawah panji DAP.
Kerjasama S46 dengan DAP, menerusi Barisan Alternatif (BA), tidak membantu penyatuan. Demikian juga kerjasama Pas dan DAP, tidak sampai ke mana. Namun, kerjasama Bersatu dengan DAP, akhirnya tercapai visi menumbangkan kerajaan BN/Umno, tetapi, impaknya bertambah pecahnya kaum melayu/bumiputera.
Pendek kata, sebarang kerjasama antara parti melayu/bumiputera dengan DAP hanya menjadi pendorong kepada melemahnya kaum tersebut.
Mungkin ditakdirkan agar kaum terbesar itu menjadi lemah, maka para pemimpin atau parti-parti yang menaungi kaum tersebut perlu berpecah.
Kini, semua kita tahu, kaum itu diwakili berbagai parti, dari UMNO, PAS, Bersatu, Pejuang dan Amanah. Semakin banyak parti, maka semakin melemahnya kaum tersebut.
Berjinak-jinaknya Umno dengan Pakatan Harapan (PH), tidak boleh dinafikan tidak boleh menjadi kenyataan.
Sambutan pemimpin Umno, khususnya mereka yang ditolak rakyat dengan teruk pada PRU-14, boleh mempengaruhi parti itu, kerana mereka ini mempunyi kedudukan dalam parti selain Ketua bahagian, juga ahli Majlis Kerja Tertnggi (MKT). Ambil contoh keterujaan Datuk Khaled Nordin dan Datuk Rahman Dahlan, berkaitan pendekatan Datuk Ismail Sabri Yaakob terhadap PH.
Ada lah dimengerti, jika Umno memilih bekerjasama dengan PH, maka tiada saingan daripada segi pembahagian kerusi di kawasan melayu/bumiputera, kerana, kedudukan masing-masing parti, tidak bersaing dalam kolam yang sama. Melalui kerjasama demikian, pemimpin seperti Rahman atau khaled tiada masalah dipilih sebagai calon.
Kebanyakan pemimpin Umno, lebih gemar menjadi calon, berbanding, peluang untuk menang. Bagi mereka, memilih menang sorak, dengan membiarkan kampung tergadai.
Umno telah membuktikan, semasa PRN-16 Sabah. Parti itu bertanding jumlah kerusi terbanyak di antara parti-parti yang bertanding dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tetapi, parti yang terbanyak juga mengalami kekalahan.
Mereka ini, masih teringat nostalgia, sedangkan masa-masa kegemilangan tersebut sudah berlalu.
Mungkin menurut mereka untuk mengembalikan masa kegemilangan, maka perlu bertindak kotor, termasuk menikam kawan, menjatuhkan kawan, kerana keinginan menggapai langit, sehinggakan lupa bumi yang dipijak.
Tindakan mereka, walaupun bukan semua, mungkin terhad pada mereka yang terdesak, atau yang terkena sawan, kerana kehilangan kedudukan, memilih memuja seteru, berbanding menghargai kawan. Bukan itu sahaja, kawan diperlekeh malah diolok.
Belum lama, mereka ini, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, sejak terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional pada 1 Mac, 2020, mengecam Tan Sri Muhiyiddin Yassin, kononnya mengetuai kerajaan yang gagal segagalnya. Saban hari ini, mereka mengertik kerajaan berkaitan jangkitan covid-19, berkaitan ramai yang kehilangan pekerjaan, impak kepada PKP (PKP yang diperolok-olok mereka). Mereka mendakwa, jika kerajaan jatuh, maka jangkitan covid-19 juga akan ikut turun, dan seterusnya ekonomi juga membaik, rakyat dapat bekerja semula, dan akan seterusnya semua rakyat akan kembali kepada kehidupan normal.
Mengapa mereka berbuat demikian? Hanya satu sebab, kerajaan PN, adalah kerajaan melayu/bumiputera. Mereka ini, alergi dengan kerajaan seumpama ini. Mereka mahukan kerajaan, yang kononnya merentasi perkauman, kerana kerjaan demikian lah menurut mereka, sebagai pendekatan politik matang.
Kini mereka menjual idea penyatuan politik, menerusi agenda Keluarga Malaysia, sedangkan, agenda itu, akan menghakis kedudukan politik melayu/bumiputera.
Cantik agendanya, tetapi, tetapi pelakunya, terlebih sudu daripada kuah.
Penulis melihat, agenda keluarga besar, tidak akan kemana-mana, akan sebaris dengan agenda seperti 1Malaysia, atau Wawasan 2020. Mengapa? Selagi kaum terbesar, gagal bersatu, selagi itu lah sebarang agenda, hanya akan tercatit sebagai agenda, tidak menampakan sebarang kesan, di kemudian harinya.
Sama-sama kita saksikan, apapun istilah kononya politik matang, selagi parti-parti melayu/bumiputera gagal bersatu, selagi itu juga lah, semua itu, hanya hiasan atas kertas atau paparan skrin laptop atau telepon bimbit.
Contoh paling mudah, lihat sahaja, bagai mana pemimpin melayu menjatuhkan pemimpin melayu. Pemimpin yang dijatuhkan bukan kerana gagal membela melayu/bumiputera atau rakyat, agama dan negara, akan tetapi dijatuhkan, kerana nafsu dan kepentingan peribadi.
Sudah lah jatuh, malah dipijak-pijak lagi, sedangkan yang jatuh tersebut, adalah tiang yang menyokong, supaya kerajaan yang dipimpin melayu/bumiputera tidak roboh dan hanyut.
Kepada rakyat negara ini, khususnya kaum melayu/bumiputera, apa kah kumpulan pemimpin seperti ini perlu dikekalkan? Tepuk dada tanya selera.
No comments:
Post a Comment