Thursday, August 26, 2021

TERUJANYA KHALID DAN RAHMAN


BUKAN main hebat sambutan dua pemimpin Umno ini, berkaitan perjumpaan Perdana Menteri dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Lim Guan Eng pada Rabu, bertempat di Pejabat Perdana Menteri.

Perjumpaan itu bagi mereka merupakan satu kejayaan luarbiasa, kerana pengiktirafan pemimpin pembangkang kepada Perdana Menteri ke-9 tersebut.

Kegembiraan mereka, berkaitan perjumpaan tersebut, jauh lebih hebat berbanding sokongan ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) kepada Datuk Seri Ismail Sabri yang membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Perjumpaan Perdana Menteri ke-9 sebaik sahaja mengangat sumpah jawatan dengan TSMY, bukan sahaja diperlekeh, malah Datuk Rahman Dahlan memperoloknya, apabila mempersoalkan kerajaan Perikatan Nasional.

Kali ini, cuba layari muat naik FB mantan MP Kota Belud tersebut, yang juga ahli MKT Umno, menggambarkan, pemimpin PH tersebut, bagaikan mutiara yang sudah dijumpai. Manakala Datuk Khalid Nordin pula bukan sahaja teruja, akan tetapi menilai perjumpaan tersebut bagaikan cahaya yang menyinari cakrawala demokrasi negara.

Apa kah petanda yang cuba digambarkan mereka ini? Gambaran sebenarnya slogan No Anwar dan No DAP hanya olok-olok, tetapi serius pada No Bersatu.

Kenyataan Datuk Seri Anwar mewakili PH, bahawa pembangkang tidak akan mempersulit kerajaan yang dipimpin Datuk Ismail Sabri, asalkan tindakan kerajaan pro rakyat, membawa maksud tersirat.

Walaupun sambutan luar biasa daripada beberapa pemimpin Umno yang bukan ahli parlimen, tetapi, sambutan ahli-ahli parlimen parti itu, yang membentuk kerajaan setakat ini, belum ada sesiapa yang memberi ulasan.

Memang pun, dalam ucapan sulung Perdana Menteri, telah menawarkan kerjasama rentas parti untuk pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19. Jemputan menyertai dua badan tersebut, bukan jemputan menyertai kerajaan, dan juga bukan berunsur politik.

Jemputan tersebut lebih bersifat menjayakan agenda Keluarga Malaysia, khususnya menjayakan pelan keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi.

Pandangan penulis, apapun strategi yang bakal disepakti menerusi MPN dan AJKKC, dengan pengelibatan ahli parlimen pembangkang, tidak akan lari pada Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah digariskan oleh kerajaan lalu. Kunci kejayaan PPN, hanya satu, iaitu, program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) diteruskan sehingga berjaya mengwujudkan imuniti kelompok.

No comments:

Blog Archive