Wednesday, August 25, 2021

JIKA IKUT ZAHID & NAJIB - ISMAIL SABRI DARI TEAM GAGAL SEGAGALNYA


BELUM pun kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah memuji setinggi langit.

Ismail Sabri adalah sebahagian daripada kerajaan gagal segagalnya bukan sahaja menurut Presiden Umno tersebut, akan tetapi juga menurut mantan Perdana Menteri-Dato Seri Najib Razak @BossKu.

Mungkin, ilmu manajemen sudah bertukar, individu yang gagal, boleh menjadi hebat sebelum pun mula bertugas.

Pasukan barisan hadapan yang melawan covid-19 era Tan Sri Muhiyiddin Yassin diketuai Ismail Sabri, dianggotai Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Rakyat negara ini, setiap hari, sejak PKP1.0 akan melihat wajah Datuk Ismail Sabri di kaca TV atau saluran-saluran online, bercakap berkaitan Covid-19.

Pun demikian, di mata Zahid dan BossKu, semuanya mengalami kegagalan, atas sebab itu, mereka berdua membuat kesimpulan, bahawa kerajaan TSMY ada lah kerajaan yang gagal segagalnya.

Hakikatnya, dakwaan Zahid dan BossKu, hanya bertujuan politik, bukan berasas fakta. Jika benar lah kerajaan era TSMY gagal, maka tidak akan asas kukuh seperti Pelan Pemulihan Negara (PPN), atau tidak akan ada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), yang kini mula menunjukkan kejayaan.

Kita perlu menerima hakikat, cara kerajaan era TSMY@ kerajaan PN, menggunakan keseimbangan antara nyawa dan kehidupan, sementara menunggu program imunisasi.

Keseimbangan perlu dilaksanakan, kerana rakyat memerlukan makanan tersedia di atas meja. Tiada mana-mana kerajaan mempunyai kemampuan, menjamin makanan atas meja tersedia bagi setiap rakyatnya secara berterusan.

Mereka di luar kerajaan, menuduh, tindakan menseimbangkan antara faktor kesihatan dan ekonomi dengan perkataan sindirian, pintu depan tutup, pintu belakang buka, mereka langsung tidak mengambil kira, perkara sebenar yang belaku, bahawa mana-mana kerajaan pun akan melaksanakan tindakan serupa.

Kerajaan yang bakal membentuk kabinet baharu, siapa pun yang menganggotai kabinet, akan menuai hasil asas kukuh menanangi krisis kesihatan dan krisis ekonomi, kerana asas yang disediakan mempunyai kemampuan, membawa rakyat dan negara keluar daripada musibah wabak covid-19.

Apabila PICK dan PPN dirayakan kejayaannya, maka dengan sendirinya rakyat menilai, bahawa dakwaan Zahid dan BossKu, bukan sahaja bermotif politik, akan tetapi mencerminkan niat tidak jujur pada kerajaan lalu.

Bagi pendapat penulis, berjayanya rakyat dan negara keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi, kerana hasil kerja keras kerajaan lalu. Kerajaan baharu, hanya meneruskan kejayaan yang tertangguh!!!.

1 comment:

Unknown said...

Mengkhianati akan dikhianti..

Blog Archive