Saturday, August 07, 2021

IMPAK PHOBIA ALIH SOKONGAN MENCUBIT KERAJAAN GRS

PERGOLAKAN politik di Semenanjung, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga terasa dicubit.

Terasanya cubitan tersebut sebagai impak kepada phobia alih sokongan yang boleh menyebabkan sesebuah kerajaan tumbang.

Kenyataan Ketua Menteri Sabah-Datuk Hajiji Haji Noor, walaupun berlakunya pergolakan politik di Semenanjung yang melibatkan parti-parti dalam GRS, akan tetapi kerajaan negeri kekal kukuh. Kenyataan tersebut disusul kenyataan Umno Sabah, yang memberikan jaminan, bahawa kerajaan GRS bukan sahaja kekal kukuh, akan tetapi dipraksa dan dimatangkan.

GRS ditunjangi parti PN dengan 17 kerusi, kini 18, bersama BN/Umno dengan 14 kerusi dan PBS. Pada PRN-16 Sabah, GRS menang 38 daripada 73 kerusi yang ditandangi. Juga menerusi PRN tersebut, parti warisan menang 23 kerusi, baki kerusi lain dimenangi DAP, bebas, PKR dan UPKO.

Mana-mana kombinasi kerusi yang berjumlah 41 (DUN termasuk lantikan), boleh menubuhkan kerajaan.

Sepertimana yang rakyat tahu, pergolakan politik di Semenanjung, bukan kerana digerakkan pembangkang, akan tetapi oleh ahli parlimen daripada parti Umno.

Ahli parlimen Umno adalah sebahagian daripada ahli parlimen yang bergabung bersama dengan ahli parlimen PN, GPS, BN dan PBS untuk menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac, 2020.

Penubuhan kerajaan PN, atas sebab, kerajaan yang menang pada PRU-14, menumbangkan kerajaannya sendiri.

Latar belakang politik negara, apabila kerajaan Pusat berubah, akan juga diikuti perubahan di negeri-negeri. Kerana latar belakang ini, maka ramai pencerita politik, jika selepas USUL PERCAYA pada Kerajaan PN pada September depan tidak berpihak kepada kerajaan, maka akan belaku hukum domino. Keadaan tersebut lah yang menyebabkan pemimpin kerajaan GRS terasa dicubit.

Untuk sementara, memang komitmen tinggi, bahawa semua parti dalam GRS menghormati dan kekal dengan aspirasi pengundi Sabah pada PRN-16 Sabah. Tetapi, sejarah lalu politik Sabah, kekal menghantui kerajaan.

Penulis yakin, di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji, kerajaan GRS akan terus kukuh, sehingga tamat penggal, asalkan, tiada gerakan daripada pihak-pihak tertentu yang mempunyai kelaziman adu domba, yang boleh menyebabkan ketegangan dan konflik.

No comments:

Blog Archive