Sunday, August 08, 2021

ADA KEPERLUAN KAH PARTI POLITIK SABAH MENCONTOHI GPS SARAWAK?

BARANGKALI kerana keterlibatan GPS Sarawak dalam percaturan politik Semenanjung, dilakukan secara enblok, maka dilihat lebih berbobot berbanding berasaskan single parti.

Sabah sebenarnya tidak lekang dengan pengalaman kerana sebelum tahun 90 atau tepatnya tahun 1991 sebelum kemasukkan Umno, pengelibatan politik Sabah pada politik Semenanjung juga enblok.

Rentetan perkembangan tersebut, maka parti tempatan berpecah-pecah. Dan akhirnya Sabah mencatit rekod negeri yang paling banyak parti.

Sejak akhir-akhir ini ada pemimpin salah satu parti komponen GRS, telah dua kali mencadangkan, supaya GRS dijadikan rasmi sebagai sebuah entiti. Makna cadangan tersebut, GRS perlu didaftarkan sebagai sebuah parti.

Sehingga tulisan ini ditulis, GRS hanya berbentuk persefahaman antara parti-parti politik. Jika berlaku pilihan raya esok, parti-parti komponen, masih menggunakan logo masing-masing.

Cadangan seorang pemimpin tersebut, agar GRS didaftarkan, mungkin merujuk pada senario pergolakan politik di Semenanjung dan juga Persekutuan, yang memperlihatkan keputusan antara parti berlawanan antara satu sama lain. Sementara di Sabah bergerak sebagai satu pasukan, akan tetapi di luar Sabah seolah-olah sebagai musuh. Pendekatan ini, juga, bagi mereka yang tidak faham situasi, seolah-olah Semenanjung atau Persekutuan, tidak terkait dengan negeri.

Pandangan penulis, untuk masa sekarang, tidak mudah untuk para pemimpin utama dalam GRS disatukan dalam satu wadah. Sebabnya, menggabungkan semua pemimpin dalam satu wadah, bagaikan mencampurkan minyak dan air. Pendekatan menerusi persefahman (MOU) yang digunapakai, lebih berbobot berbanding bergabung.

Mungkin parti politik Sabah perlu sentuhan pemimpin luar. Terwujudnya GRS atas sebab sentuhan pihak luar. Gabungan digerakan pemimpin tempatan, seperti Gabungan Bersatu Sabah (GBS) patah ditengah jalan.

Dalam masa sekarang, jika ada pihak yang mencadangkan agar Sabah mengikuti pendekatan GPS, difikirkan belum sampai masa. 

No comments:

Blog Archive