Saturday, July 31, 2021

TURUN KE JALAN SINONIM DENGAN ANWAR

TURUN ke jalan, sinonim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula tahun 1974, berlanjutan sehingga kini, termasuk satu ketika menunggang BERSIH, pun demikian seluruhnya gagal mencapai matlamat beliau.

Walaupun PKR sebahagian Kerajaan PH selepas PRU-14, hanya kerana pengelibatan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin, pun demikian, Anwar hanya sebagai ahli parlimen penyokong kerajaan, tiada sebarang peranan, kecuali di Selangor, sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri yang diterajui Azmin Ali, kononnya tanpa bayaran, hanya token #RM1.00.

Anwar sekali lagi menjadi orang dibelakang kemelut antara kerajaan dan istana, yang sepatutnya tidak berlaku, tetapi, kelicikan beliau, dapat “memasuki” Istana, tanpa disedari Agong, sehinggakan dikeluarkan surat daripada istana yang ditujukan kepada Perdana Menteri, bahawa baginda murka atau marah kepada kerajaan.

Apabila semakin tersingkap rancangan jahat tersebut, maka momentum diteruskan menerusi turun jalan, walaupun tiada sambutan, akan tetapi dibesar-besarkan oleh media bercetak atau media atas talian.

Perbuatan sekumpulan orang- orang di Kuala Lumpur hari ini, dengan membawa replika jenazah, berbaju hitam dengan tag #lawan, terjerit-jerit, mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan. Perbuatan mereka itu, bukan sahaja buang masa, tidak membawa apa-apa kepentingan untuk rakyat, hanya membawa kepentingan kepada penulis skrip dan pengarahnya.

Keputusan kerajaan pada 21 Julai, 2021 terbukti betul, apabila salah satu keputusan diterima pakai Agong, yakni pelanjutan proklamasi darurat khas untuk negeri Sarawak yang bermula pada 2 Ogos, 2021 sehingga 2 Februari, 2022. Satu pertanyaan, mengapa hanya sebahagian keputusan kerajaan diterima? Manakala sebahagian yang lain ditolak? Isu di sebaliknya, ada pihak dalam istana mengalih pandang pendapat Agong, sehinggakan amalan Raja Berpelembagaan terlepas padang.

Beberapa individu yang dekat Agong, berjaya menutup KRISIS PERLEMBAGAAN tahun 1994, yang berkuat kuasa sehingga kini, sehingga berjaya menutup niat baik dan hormat kerajaan kepada Agong.

Membaca dan meneliti surat PMO yang membutirkan kronologi atau urutan tindakan kerajaan sesuai dengan keputusan jemaah menteri pada 21 Julai, 2021, bukan sahaja teratur, akan tetapi mengikut lunas-lunas undang-undang, Perlembagaan dan Raja Berperlembagaan.

Niat kumpulan Anwar daripada awal-awal lagi untuk membuat kecoh di parlimen, kerana skrip demikian, atas sebab itu pada 26 julai hari pertama sidang khas parlimen, desakan, jeritan, dan berbagai aksi, dituju kepada kerajaan, menteri parlimen dan Undang-undang selain Speaker, sehinggakan menteri kehilangan kawalan diri, terpaksa memberi tahu keadaan sebenarnya, walaupun, keputusan kerajaan tersebut belum mendapat perkenaan (menurut rujukan duluan berkaitan ordinan, perkenaan tidak semestinya), akan tetapi, atas hormat kerajaan kepada Raja Berperlembagaan, maka semua tindakan dilaku dengan tertib, teratur dan bersopan.

Kini, seperti mana rancangan, mereka membuat kesimpulan sendiri, bahawa PM bertindak derhaka, maka perlu meletakkan jawatan. Tujuannya mereka, hanya menghalalkan cara.

Kemelut yang "berlaku" antara Istana dan Kerajaan, bukan isu undang-undang, perlembagaan, hanya mainan politik semata-mata.

1 comment:

Unknown said...

Waaa. Pn tak derhaka... Pertahanlah selagi boleh pertahan.. Tunggu amarah rakyat

Blog Archive