Sunday, August 01, 2021

SIDANG PARLIMEN YANG MENGECEWAKAN

BETUL dalam demokrasi, parlimen itu gelanggang suara demokrasi. Suara demokrasi yang luhur, bukan suara demokrasi ungka.

Parlimen ada lah dewan yang mulia., bukan gelanggang sirkus.

Kita saksikan bersama adalah tidak benar, parlimen adalah tempat membela rakyat, kerana telah bertukar kepada gelanggang pertunjukkan orang-orang kurang siuman.

Atas sebab parlimen dicemari, dikotori, kerajaan of the day bertanggung jawab memelihara kemuliannya, dengan tidak membenarkan manusia-manusia tidak bermoral memasukinya, dengan cara prorog, hingga ke suatu tarikh lain.

Apa kah tarikh-tarikh 26, 27, 28 dan 29 Julai, sidang khas parlimen menjadi noda hitam terakhir sistem demokrasi berparlimen negara? Penulis tidak yakin ianya tidak berulang.

Mengapa semua ini berlaku? Hanya satu sebab- PEREBUTAN KUASA.

Pihak yang merebut kuasa, mengambil peluang secara maksimum, jumlah sokongan tipis yang dimiliki kerajaan. Berbagai cara dibuat, termasuk membangun persepsi #KERAJAANGAGAL.

Tag Kerajaan Gagal, hanya ungkapan, tidak mempunyai landasan kukuh. Menjadikan jangkitan covid-19 dan impaknya, untuk menggambarkan kerajaan gagal, membawa pengertian, semua negara yang berhadapan dengan musibah yang sama adalah KERAJAAN GAGAL.

Apa kategori negara-negara yang ditimpah lebih teruk berbanding Malaysia?

Covid-19 adalah pandemik. Cara mencegahnya telah ditemui- menerusi pemvaksinan. Tahap yang dikejar, apabila 80% penduduk yang layak telah divaksin, kerana pada peringkat itu lah berlaku imuniti kelompok. Tidak jauh, WP Labuan telah membuktikannya.

Kerajaan memohon Proklamasi Darurat, agar strategi dapat ditemui. Strategi tersebut adalah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kerana menerusi darurat, semua halangan birokrasi dapat dipendekkan, semata-mata untuk kejayaan PPN. Menerusi PPN, semuanya telus dan transparen, tiada yang tersembunyi, malah rakyat kaki lima pun faham.

Walaupun PPN tidak mudah mencari kelemahannya, ahli parlimen pembangkang dan beberapa yang lain, mahu ianya dibentangkan di parlimen untuk dibahas dan penambahbaikkan.

Mereka mendesak parlimen dibuka. Berbagai cara digerakkan, sehingga Agong bertitah, sidang parlimen perlu diadakan dengan segera.

Selepas titah Agong, pembangkang undur setapak ke belakang, memberi laluan kepada Umno maju ke hadapan. Umno tidak membuang masa, memberi kata dua kepada kerajaan, dalam tempoh 14 hari sidang parlimen perlu diadakan. Walaupun sidang parlimen berjaya diadakan diluar kata dua 14 hari, tetapi menurut Umno ianya satu kejayaan. Malangnya, Umno tidak dapat membaca pelan pembangkang, apabila parlimen dibuka, pembangkang akan membuat kecoh.

Misi Umno mempergunakan sidang parlimen menambah baik PPN, akhirnya terbantut, apabila parlimen terpaksa di prorog hingga ke suatu tarikh yang lain. Alasan Ketua Majlis memprorog, bukan kerana kehadiran ahli-ahli parlimen yang kerap kena sawan, akan tetapi mengambil kira nasihat KKM bahawa kawasan parlimen sudah menjadi kawasan berisiko terwujudnya Kluster Covid-19 Parlimen.

ISU DERHAKA

Hanya kerana Menteri Parlimen & Undang-Undang terlajak secara spontan memberi tahu parlimen pada 26 julai, bahawa Kerajaan REVOKE semua ordinan berkaitan Proklamasi Darurat Kesihatan Tahun 2021, pembangkang mengamok, dan menjerit-menjerit minta penjelasan. Mereka bercakap seolah-olah mewakili Agong, dan meminta semua ordinan tersebut dibentang dan dibahas untuk maksud ungkaian. Sehubungan desakan yang bertubi-tubi, Speaker membuat petua, Menteri akan menjawab segala persoalan berkaitan pada 2 Ogos, 2021.

Tiga hari berturut-turut, terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan soal perkenaan Agong, seolah-olah beliau mewakili baginda, mendesak, Menteri menjawab, menteri teguh dan akan hanya menjawab pada 2 Ogos.

Titah yang tidak disangka-sangka diterima pada 29 Julai. Kerana titah tersebut, menyebabkan perjalanan parlimen ditangguh beberapa kali, dan seterusnya ditangguhkan pada petang yang sama.

Kerana titah tersebut, maka pembangkang dan beberapa ahli parlimen yang sefikiran, bagaikan suara koir, bergema serentak, KERAJAAN DERHAKA, PM DERHAKA. Menteri Parlimen dan Undang-Undang dan Peguam Negara perlu meletakan jawatan, perlu dipecat, perlu dibawa ke jawatan kuasa dispilin parlimen.

Hakikatnya, jika membaca kronologi penjelasan Kerajaan berkaitan mohon perkenaan pembatalan semua ordinan tersebut dibuat secara teratur mengikut lunas-lunas undang-undang, perlembagaan dan Raja Berperlembagaan, lagi pun dengan jelas, proklamasi Darurat tertanggal 11 Januari, 2021, dibutirkan, semasa darurat, fungsi kabinet dan kerajaan berjalan seperti biasa.

Isu derhaka, sepatutnya tidak timbul, kerana kerajaan tidak derhaka, kalau bercakap soal derhaka, Datuk Seri Anwar lah yang derhaka, kerana pada Januari lalu membawa Proklamasi Darurat ke Mahkamah untuk penghakiman. Tindakan tersebut 1000% mempersoalkan Agong.

Kerana isu politik, lain yang makan nangka, lain pula yang kena getah. 

Hanya kerana perebutan kuasa, sidang parlimen bukan sahaja sia-sia tetapi mengecewakan. Hanya kerana politik, timbul "kemelut" antara Istana dan Kerajaan.

Betul lah kata MAT SABU elefen fight elefen grass will suffer.

No comments:

Blog Archive