Friday, January 29, 2021

AIR TIDAK BERHASIL SABAH-RM300 JUTA SETIAP TAHUN- BUNG MOKTAR

Air Tidak Berhasil (Non-revenue watar=NRW) adalah isu serius dan boleh mengancam sekuriti air di Sabah.

Isu ini bukan sahaja dialami oleh Sabah tetapi juga di peringkat dunia. Ia merupakan petunjuk kepada ketidakcekapan pemain-pemain dalam industri air terawat untuk diagihkan kepada golongan sasar secara sah.

Walaupun terdapat komitmen untuk melaksanakan pengurangan NRW- kekurangan bajet dan keadaan paip yang telah usang menjadi cabaran dan halangan utama.

Kebocoran paip, kecurian air dan meter yang mengakibatkan kadar NRW di Sabah dikatakan melebihi 50 peratus dan antara yang tertinggi di Malaysia.

Terdapat beberapa usaha yang telah dijalankan tetapi impaknya adalah terlalu kecil di mana jumlah pengurangan tahunan NRW antara tahun 2005 hingga 2018 sekitar 0.35 peratus.

Jumlah ini amat rendah dan ia telah membuka ruang kepada kehilangan pendapatan sehingga jutaan ringgit.

Berdasarkan data rinci komponen bekalan air yang diperoleh daripada Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JBANS), jumlah kerugian akibat NRW antara 2015 hingga 2017 sekitar RM657 juta. Namun, merujuk kenyataan Bung semasa Sidang Dun Sabah Disember lalu, Sabah mengalamai kerugian tahunan sebanyak RM300juta.

Jumlah ini agak besar dan kerugian ini boleh menyiapkan satu loji rawatan air yang baharu.

Oleh itu, komitmen yang berterusan perlu disemai bukan setakat dalam kalangan pekerja JBANS, tetapi komuniti pengguna air dan juga penglibatan persekutuan untuk bantuan modal bagi menjayakan program pengurangan NRW.

Sasaran 31 peratus masih jauh untuk digapai, tetapi sekiranya komitmen berterusan dapat dilaksanakan sudah pasti ancaman NRW terhadap keselamatan air dapat diminimumkan.

Isu NRW muncul lagi, apabila Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah-Datuk Bung Moktar Radin membangkitkan isu tersebut pada persidangan DUN Sabah akhir tahun lalu, selain susulan tindakan menerusi turun padang minggu lalu, ekoran banyaknya loji rawatan air terkesan, akibat hujun turun terus menerus selama seminggu.

Menurut Bung,sebanyak 22 loji rawatan air di Sabah mengalami masalah dan perlu diatasi segera bagi memastikan penduduk negeri itu menerima bekalan air bersih.

Laporan Jabatan Air, Sabah mempunyai 84 loji rawatan air dan 22 daripadanya dikenal pasti mengalami masalah yang teruk sehingga tidak mampu membekalkan air kepada orang ramai.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah mendedahkan antara loji rawatan yang mengalami masalah itu ialah loji air di daerah Tamparuli, Kinabatangan, Tawau, Kunak, Keningau, dan Tenom.

"Masalah yang dialami loji ini apabila musim hujan pun tiada air, kalau kemarau lagi tiada air. Sebab apa kalau musim hujan, kekeruhan dia begitu tinggi dan apabila musim kemarau, air tidak dapat ditadah," seperti laporan media minggu lalu.

Mengulas mengenai langkah penyelesaian, Bung Moktar berkata, pihaknya melalui Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan membina tangki simpanan di loji yang terlibat.

"Untuk penyelasaian jangka pendek, JANS akan membina tangki simpanan air di loji berkenaan namun bukan semua 22 loji yang bermasalah itu dapat diselesaikan dengan cara berkenaan.

"Bagi mengatasi masalah di loji yang lain, JANS akan membina ‘off river storage’ iaitu satu kolam besar untuk simpanan air sungai,” menurut Bung.

Jelas Bung Moktar lagi, pihaknya juga kini sedang merangka cadangan penubuhan Suruhanjaya Air Sabah bagi mengatasi isu permasalahan air di negeri ini pada masa mendatang.

Tambah beliau lagi, cadangan penubuhan berkenaan akan di bawa ke Kabinet Negeri pada tempoh terdekat.

Bung telah membayangkan untuk menyelesaikan isu air di Sabah secara jangka panjang diperlukan dana sebanyak RM13bilion. Dengan dana yang besar ini, Sabah perlu menubuhkan Suruhanjaya Air Sabah (SAA), untuk memberi laluan penswataan bekalan air. Kerajaan tiada pilihan, memandangkan setiap tahun kerajaan terpaksa menyalurkan peruntukan tahunan RM500juta, sedangkan kutipan hasil hanya RM200juta.

Apabila  (SAA) diwujudkan nanti, setidak-tidaknya tidak berlaku, APABILA banjir atau KEMARAU mesti terputus bekalan air.

No comments:

Blog Archive