Friday, January 29, 2021

ANTARA NYAWA DAN KELANGSUNGAN HIDUP

PKP2.0 KERAJAAN cuba menseimbangkan antara nyawa dan kelangsungan hidup. Alasannya mudah, manusia akan mati kerana virus covid-19, manusia juga boleh mati, kerana tidak makan.

Atas sebab itu, walaupun jangkitan covid-19 belum mengendur, kelonggaran pada aktiviti ekonomi perlu dibenarkan, asalkan rakyat patuh SOP.

Kerajaan ambil maklum, memutuskan rantai jangkitan, tidak mudah, bukan kerana SOP yang dikuatkuasakan, akan tetapi, perilaku manusia sendiri, tidak patuh.

Menurut data mereka yang dijangkiti, adalah menyeluruh, selain pekerja asing yang bersesak di kediaman masing-masing, juga melibatkan mereka yang tinggal di rumah-rumah mewah.

Kluster jangkitan tidak terhad di tapak-tapak pembinaan, kilang-kilang, pasar raya, akan tetapi juga mungkin di pejabat orang-orang kenamaan.

Malaysia pernah bangga, kerana mampu melandaikan keluk jangkitan pada gelombang ke-2,malah negara juga pernah mencatit sifar jangkitan harian.

Kejayaan melandaikan keluk tersebut, kerana dilaksanakan total lockdown pada PKP1.0; namun menyadari pendekatan tersebut, negara tiap hari kehilangan RM2.4bilion. Kerana impak total lockdown tersebut, maka dilonggarkan PKP, menerusi PKPB (perinth kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP (perintah kawalan pergerakan pemulihan).

Pada masa PKPP ini, berlakunya penularan mencanak semula, yang ditambah oleh PRN Sabah pada September, 2020.

Malangnya, ada juga rakyat yang tidak patuh, dan mereka itu tersenarai dalam 198,208 kes positif dalam negara setakat 28 Januari, 2021. Ada yang tidak bernasib baik, kerana ketentuan ilahi, terkorban, walaupun peratusan hanya 0.36% daripada kes komulatif, akan tetapi cukup perit dirasa oleh keluarga yang ditinggalkan.

Penulis sendiri, punya sahabat, keluarga yang termasuk dalam dipanggil ilahi, terkorban kerana covid-19. Mereka ini, bukannya tidak patuh pada SOP, tetapi, ada yang tidak patuh, dan mungkin itu lah asbab ketentuan Yang Maha Kuasa.

Dalam keadaan yang amat genting ini, malangnya kelancaran berperang dengan virus pembunuh mendapat gangguan daripada pemimpin-pemimpin yang mabuk kuasa, mempunyai agenda peribadi, tidak menghiraukan keperitan rakyat rentan.

Mereka ini, tidak memberi belas kesihan kepada petugas barisan hadapan, yang mendekati setahun, tanpa rehat dan tanpa henti. Petugas barisan hadapan juga punya keluarga, perlu juga bersama keluarga, namun kerana panggilan tugas dan menyelamat nyawa, mereka berkorban tanpa henti.

No comments:

Blog Archive