Thursday, January 28, 2021

DARURAT TIDAK SEPATUTNYA DIPOLITIKKAN

DALAM keadaan darurat ini, yang juga menguatkuasakan PKP, orang ramai masih menjalankan kehidupan harian seperti biasa. Makna kata, samada PKP atau darurat bukanlah masalah kepada kebanyakan rakyat Malaysia.

Kebanyakan rakyat faham bahawa proklamasi darurat adalah untuk membendung peningkatan kes covid-19, bukannya seperti dakwaan sesetengah pihak termasuk sesetengah pemimpin politik untuk melindungi kerajaan sedia ada. 

Asas kepada proklamsi darurat kerana Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak lagi memadai membendung penularan virus yang semakin buruk kerana akta itu memerlukan prosedur yang memakan masa dan keputusan membabitkan perbincangan yang panjang. 

Dalam tempoh darurat, pihak eksekutif boleh memberi arahan tanpa memerlukan proses birokrasi, kerana dalam keadaan sekarang dengan pandemik yang semakin parah, keputusan perlu dibuat serta merta. 

Jika ada sesetengah pihak menganggap bahawa proklamasi darurat bermotifkan politik, sebenarnya hanya agenda peribadi,malah boleh dilihat mencabar kuasa Agong yang secara jelas diperuntukkan menerusi Perkara 150(1) Perlembagaan. 

Sepatutnya, semua pihak membantu jentera kerajaan melawan virus pembunuh ini, kerana dapat dilihat walaupun PKP dan darurat berkuatkuasa lebih 3 minggu, jumlah jangkitan masih kekal 4 angka. 

Tidak kah para pemimpin yang saling bertelagah, prihatin terhadap para murid/pelajar yang terkesan kerana pandemik covid-19, sehinggakan memudaratkan proses penganjaran dan pembelajaran. Selain itu, tidak kah mereka ini prihatian kepada rakyat yang terjejas dalam semua segi kehidupan kerana pandemik ini?

Seharusnya para pemimpin, pada saat-saat genting ini, menunjukkan jiwa yang besar, menunjukkan kepimpinan yang peduli rakyat, akan tetapi, sungguh malang, sesetengah daripada mereka itu, menunjukkan kerakusan, dan kepentingan peribadi.

2 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Artikel BOOH & PENIPU!!

Demi ISLAM/UMATnya & seluruh bangsa BUMIPUTERA kita, terutamanya demi KEBENARAN & KEADILAN tulen berASASkan ISLAM sbg. AGAMA NEGARA - maka, DYMM SPB YDPA sbg. KETUA AGAMA ISLAM PERSEKUTUAN, RAJA2 Islam/Melayu sbg KETUA2 AGAMA ISLAM NEGERI & SUMPAH JAWATAN DYMM SPB YDPA utk. memPERTAHANkan ISLAM setiap masa, berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN kita - maka DYMM SPB YDPA mesti berTANGGUNJAWAB utk. MENAMATkan DARURAT politik DIKTATOR Muhyiddin-parti BUKAN lagi Pribumi, BERSATU liberal, yg. telah MENIPU, MEMPERGUNA & MEMERANGKAP Islam/Umatnya, terutamanya DYMM SPB YDPA & MAJLIS RAJA2 kita - dgn. sewenangnya mengGANTUNG Undg2 Perlembagaan, Parlimen & melancarkan PKP yg. TAK berkesudahan, yg. MENYUSAHkan RAKYAT, yg. MAJORITI patuh SOP - sdgkan PENYEBAR2 UTAMA dr. INDUSTRI Pengilangan, Perladangan & Pembinaan, lansung TAK diHUKUM si MAJIKAN2 TAMAK depa, yg. TAK menyaring PEKERJA2 ASING @ PATI2 depa yg. berJUTA2!!

Dan DYMM SPB YDPA - juga berTANGGUNGJAWAB melantik PM Baru yg. akan memPERTAHANkan ISLAM/UMATnya - setakat ini, dr. Parti PRIBUMI & KEMERDEKAAN keramat kita, UMNO - adalah yg TERBAIK kerana sering memPERJUANGkan ISLAM/UMATnya & seluruh bangsa BUMIPUTERA kita, dr. dulu hingga sekarang, terutamanya di bawah BAPA KEMERDEKAAN/BAPA PEMBANGUNAN terCINTA kita, Almarhum PM YAM Tun Abd. Razak & mantan PM, YAM DS Najib terCINTA kita!!

Lihat di -
https://malaysiadateline.com/jangan-tiba-tiba-main-umum-perlu-sediakan-payung-sebelum-hujan/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

NOTA:

Parti BERSATU Nazi, yg. BUKAN lagi Pribumi - memPERGUNAkan IDENTITI Pribumi & Islam/Umatnya, termsk. KESULTANAN Islam/Melayu KERAMAT kita - utk. mengHAPUSkan KEADILAN & KEBENARAN yg. diTUNTUT di dlm. ISLAM, berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN kita!!

Maka, Identiti PRIBUMI mesti diBUANG dr. parti BERSATU Nazi ni - agar identiti PRIBUMI kita TAK dijadikan KAMBING KORBAN utk. MUSUH2 ISLAM/UMATnya dlm. parti NAZI BERSATU ni - dgn. memBURUK2kan IDENTITI Pribumi kita dgn. pemerintahan DIKTATOR KUKU BESI parti NAZI Bersatu LIBERAL Penyangak ni!!

Blog Archive