Monday, February 17, 2025

APABILA TIADA MODAL POLITIK-POLITIK FITNAH DAN BOHONG DIJADIKAN MODAL

KETARA sangat, pemimpin politik seperti Datuk Shafie Apdal daripada Parti Warisan serta pemimpin parti itu, Datuk Bung Moktar Radin dan penyokongnya asal buku mulut sahaja, apa yang dikatakan berunsur fitnah dan bohong, jika tidak, maka berbentuk putar belit. Mereka ketandusan modal politik menarik perhatian rakyat, menarik perhatian, masih jauh daripada sokongan.

Hujah pembohongan yang paling ketara, apabila Shafie berkata sempena hadir chap Go Mei, di Tenom hujung minggu lalu, dengan mengatakan, beliau ditangkap SPRM, direman dan dipakaikan baju oren kerana membuat kenyataan berkaitan 1MDB, sedangkan penangkapan terhadap Presiden Parti Warisan tersebut termasuk adik beradik beliau, Ajis Jamman dan beberapa kontraktor adalah berkaitan projek KKLW di Sabah yang bernilai RM1.5bilion, kerana peruntukan tersebut habis dibelanjakan, akan tetapi tiada Kesan di lapangan.

Kerana kesan kepada tidak digunakan peruntukan tersebut untuk menyelesaikan kemudahan asas seperti Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Jalan Raya Luar Bandar (JRLB), maka Shafie dan pemimpin Warisan pada hari ini mempunyai modal politik, seolah-olah masalah-masalah yang terkait dengan tiga kemudahan asas tersebut hanya timbul semasa era Kerajaan GRS yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Demikian juga Bung, apabila bercakap, menuduh Kerajaan negeri, gagal, gagal, tetapi, tidak dibutirkan apa yang gagal.

Jika gagal itu dikaitkan dengan kemudahan asas, Bung selama 2 tahun dipertanggungjawabkan mengurusnya, akan tetapi, dalam tempoh tersebut, tiada penyelesaian konkrit yang dilaksanakan, sehinggakan ada yang menjadi krtikal. Bung tidak membuat laporan benar pada setiap mesyuarat kabinet, berkaitan progress atau masalah yang dihadapi, kerana bimbang, kebolehan dan kemampuan beliau diketahui ahli kabinet lain. Atas sebab itu, semasa Bung menjadi Menteri KKR Sabah, banyak sangat isu-isu kemudahan asas diviralkan menerusi media sosial, dan dari situ, Ketua Menteri maklum ada sesuatu yang tidak kena, berkaitan Kementerian KKR, Jabatan-jabatan dibawahnya.

Apabila Ketua Menteri membangkitkan isu-isu tersebut dalam mesyuarat kabinet, Bung melenting dan marah, dan mendakwa, beliau lebih tahu apa yang berlaku.

Agar kelemahan dan ketidak mampuan Bung menerajui KKR, maka sebelum terdedah semua kelemahan tersebut, maka Bung menggerakan Langkah Kinabalu.

Menjelang PRN-17, yang bakal diadakan bila-bila masa daripada sekarang, memandangkan penggal dun ke-16 Sabah akan berakhir pada Oktober tahun ini. Jika Ketua Menteri tidak membubarkan DUN lebih awal, dan menunggu sehingga DUN terbubar dengan sendirinya, maka Kerajaan hari ini ada 8 bulan lagi meneruskan pemerintahan.

Semakin dekat PRN-17 Sabah, pemimpin pembangkang terabah-rabah mencari modal politik, maka terpaksa menggunakan politik kotor, termasuk menggunapakai rakaman video yang disunting teruk oleh Albert Tie sebagai betul.

Pembangkang tidak mahu bercakap berkaitan kutipan hasil negeri, nilai perdagangan, nilai pelaburan, inisiatif, pelbagai insentif kepada rakyat, kerana Kerajaan Sabah hari ini, adalah juara daripada 5 kerajaan negeri yang lalu.

Jika pemimpin pembangkang membaca laporan-laporan media termasuk daripada ahli akademik, yang terbaharu tulisan Prof Madya Dr Mashitah Mohd Udin dalam ruang komentar Berita Harian yang bertajuk “Pembangunan Sabah Tepis Gelora Politik Menjelang PRN” akan menjadikan Shafie dan Bung terpojok, atau snook tanjung.

No comments:

Blog Archive