TIDAK lojik, jika alasan yang digunakan membubarkan DUN Sabah untuk kepentingan rakyat, atas sebab selama 27 bulan ketua kerajaan yang memohon pembubaran DUN untuk membuka jalan kepada pilihan raya, kononnya untuk mendapatkan mandat baharu, ada lah ketua menteri yang memusnahkan perekonomian negeri.
Lagi pun, ketua kerajaan yang memohon pembubaran DUN adalah ketua yang kehilangan sokongan majoriti.
Dalam keadaan negeri masih dilanda pandemik covid-19, adalah tidak sesuai melibatkan rakyat, lagi pun penggal ke-15 DUN hanya berbaki 3 tahun, sebelum tamat.
Sepatutnya TYT Sabah membenarkan pengambil alihan kerajaan untuk mengembalikan perekonomian dan pentadbiran Sabah ke landasan betul, bukannya bersetuju untuk membubarkan DUN.
Bukan penulis sahaja yang berpendapat bahawa TYT Sabah terhutang budi kepada Datuk Shafie Apdal, kerana tempoh masa jawatan TYT tiada tarik luput, sehinggakan menyerupai status sultan atau raja di negeri-negeri yang beraja, dan mungkin juga suatu hari, kedudukan TYT boleh diturunkan atau diwarisi seperti mana kedudukan sultan atau raja.
Persetujuan pembubaran DUN, walaupun yang memohon mempunyai dua pilihan, samada meletakan jawatan atau memohon membubarkan , akan tetapi TYT perlu peka dengan keadaan semasa, termasuk pandemik covid-19 dan para wakil rakyat yang memohon menubuhkan kerajaan telah terbukti mempunyai rekod dalam pengurusan ekonomi negeri.
Para ADUN yang memohon menubuhkan kerajaan diketuai oleh Tan Sri Musa Aman, mantan Ketua Menteri Sabah yang telah membawa banyak kemajuan kepada negeri dan rakyat.
Salah satu fakta, sebelum Musa disingkirkan pada 12 Mei, 2018, ekonomi Sabah cukup baik dengan kadar KDNK Sabah di atas 8%, namun sebaik sahaja Shafie mengambil alih kadar KDNK negeri menjunam keparas 1.5% tahun 2018 dan 0.5% tahun 2019.
No comments:
Post a Comment